Kursus Asas Microsoft Word 2013

18 December 2016 |

Pada 18 Disember yang lalu , Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Sena telah menganjurkan Kursus Asas Microsot 2013 iaitu satu kursus terbuka dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS) yg mana satu latihan yang diberikan kepada ahli dan bukan ahli Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Sena  dan juga Pusat Internet 1 Malaysia PPR Bintong yang turut terlbat untuk menguasai kemahiran dalam Microsoft Word . 

 

Dalam kursus ini , peserta didedahkan dengan pelbagai tajuk yang terdapat dalam Microsoft Word mengikut sukatan pelajaran yang dibekalkan kepada setiap peserta. Peserta diberikan masa tertentu untu menghabiskan sesuatu sukatan pelajaran sebelum meneruskan tajuk  lain yang terdapat dalam Microsoft Word.

Kebanyakan peserta memberikan maklum balas yang positif dan berharap agak Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Sena dapat menganjurkan program seumpama ini di masa hadapan.