Program " Back To School "

27 December 2016 |

Pada 27 Disember yang lalu telah diadakan Program Back To School iaitu  bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia atas usahasama 3 Pi1M iaitu Pusat Internet 1 Malaysia PPR Bintong , Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Sena dan Pusat Internet 1 Malaysia Beseri kepada orang ramai.

Program ini juga melibatkan program kerjasama antara Perpustakaan Desa Wang Ulu dan Perpustakaan Desa Teluk Jambu . Selain itu juga , ia merupakan salah satu usaha memupuk kembali semangat pelajar untuk memulakan kembali sesi persekolahan tidak lama lagi. Pelajar didedahkan tentang penggunaan Microsoft Powerpoint 2013 untuk pembentangan bertajuk "Pengalaman Sepanjang Persekolahan Saya".