Kemudahan Awam

Kangar merupakan pusat pentadbiran Negeri Perlis dan berperanan sebagai pusat perdagangan utama. Kangar terletak di dalam 5 mukim iaitu Sena, Kechor, Wang Bintong, Seriab dan Utan Aji. Kangar merupakan kawasan yang paling padat dengan pembangunan.


Kangar berubah wajah dari setahun ke setahun dengan pembangunan yang pesat dan terbinanya bangunan-bangunan baru menggantikan bangunan bangunan lama. Di samping pembangunan yang pesat ini, bangunan-bangunan lama dan bersejarah turut dipelihara sebagai mercu tanda Bandar Kangar. Dimana bangunan lama yang menjadi mercu tanda Bandar Kangar ialah Bangunan Jam Besar yang kini menjadi Bangunan Pejabat Menteri Besar.


Bandar Kangar mempunyai pelbagai kemudahan awam yang dapat memberikan kemudahan kepada penduduk seperti :


  ·         Institusi pengajian tinggi

·         Sekolah rendah & menengah

·         Masjid

·         Balai Polis

·         Balai Bomba

·         Pejabat Kerajaan & Swasta

·         Hospital Tengku Fauziah

·         Klinik Kesihatan Kangar

·         Stesen bas & teksi

·         Tempat membeli belah

·         Dan pelbagai lagi


Kemudahan awam yang terdapat di Kangar lengkap dari setiap aspek bagi memudahkan penduduk sekitar mahupun orang ramai mendapatkan perkhidmatan secara mudah dan cepat. Selain itu, kemudahan awam seperti pengangkutan juga boleh didapati di sekitar kawasan ini. Antara kemudahan pengangkutan yang ada adalah bas dan teksi uyang pasti dapat memudahkan penduduk untuk bergerak.




 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.