Maklumat Tempatan

Kangar merupakan ibu negeri PerlisMalaysia. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 48,898 orang (2004). Dia terletak di titik paling utara di Semenanjung Malaysia, barat laut Alor Setar, berhampiran dengan sempadan negara Thailand dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis. Kawasan pusat bandar di Kangar ialah Mukim Sena, yang menerima nama jolokan sebagai "Uptown Sena". Ahli parlimen Kangar adalah Y.B. Shaharudin Bin Ismail.


Bandar Kangar juga terletak di antara bandar Alor Setar dan Padang Besar, bandar sempadan Malaysia dan Thailand. Hari-hari persekolahan dan pentadbiran kerajaan Kangar, Perlis ialah mengikut negeri Pulau Pinang dan Perak iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat bukan mengikut Kedah dan Johor yang beroperasi lain dan istimewa iaitu pada setiap Ahad hingga Khamis. Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga terletak di bandar ini.


Kereta api ETS juga melalui kawasan Kangar dan Arau di utara Malaysia dan banyak membantu masyarakat Kangar dan Arau. Perjalanan ke Alor SetarPulau Pinang dan Padang Besar ataupun Haadyai dari Arau adalah mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui keretapi berkelajuan pantas dengan kelajuan 140-180km/j. Dengan 4 jam 30 minit juga, keretapi laju ini mampu tiba di Kuala Lumpur, Selangor, dan Seremban iaitu bandar dan negeri terakhir lintasan keretapi laju Malaysia ini.


Kangar berubah wajah dari setahun ke setahun dengan pembangunan yang pesat dan terbinanya bangunan-bangunan baru menggantikan bangunan-bangunan lama. Bangunan-bangunan ini berdiri dengan megahnya di tengah-tengah Bandar Kangar yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan baru yang dibina seperti Kayangan Square, Medan Kangar, dan Medan Kangar Ria. Sebelum Medan Kangar dibina, tapak tersebut adalah merupakan tapak Sekolah Menengah (Cina) Kangar, berek polis, stesen bas. Pejabat Majlis Perbandaran Kangar juga terletak di tengah-tengah Bandar Kangar.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.