Pelancongan & Rekreasi


GUA CENDERAWASIH


Di bandar Kangar, salah satu tempat rekreasi yang menjadi pilihan masyarakat setempat untuk bersukan dan beriadah ialah Gua Cenderawasih yang terletak di Bukit Lagi.Gua Cenderawasih menjadi tumpuan apabila kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menyediakan kemudahan denai larian sejauh kira-kira dua kilometer mengelilingi Bukit Lagi.

Lebih menarik apabila di sebelah kanan denai larian itu terdapat sawah padi yang luas serta di kirinya kawasan pinggir bukit yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan.Bagi penggemar sukan memanjat bukit mereka boleh memilih untuk menguji kecerdasan diri dengan memanjat Bukit Lagi yang mempunyai kira-kira 1,000 anak tangga.Apabila tiba di puncak bukit pemandangan sekitar Kangar dapat dilihat dengan jelas.Bagi keluarga yang datang beriadah mereka boleh berehat di sekitar Gua Cenderawasih yang menyediakan wakaf-wakaf dan bangku.Terdapat juga kemudahan tapak permainan mini untuk kanak-kanak bermain.Kawasan Gua Cenderawasih juga menjadi tumpuan pemain sepak raga bulat apabila setiap petang mereka akan berkumpul di sini untuk menguji kemahiran masing-masing.

Koordinat: 6.412,100.193


Denai Larian Pengkalan Asam


Denai larian ini terletak di Esplanade Sungai Perlis, Pengkalan Asam, Kangar,  Perlis . Jaraknya hanya 0.5 Km dari pusat Bandar Kangar . Denai larian ini meyediakan laluan sepanjang 6 km untuk berjogging.Selain itu, terdapat juga litar kecerdasan & refleksologi serta taman permainan kanak-kanak.

Selain daripada itu,terdapat sebuah jambatan gantung yang melintasi sungai Perlis menjadi mercu tanda bagi Denai Larian . Bagi pengunjung ingin bermalam di sekitar kawasan tersebut, terdapat juga kemudahan chalet yang disediakan.

Koordinat:6.438,100.190



Dataran Dato’ Sheikh Ahmad


Sebelum adanya kompleks sukan sekarang ini, Perlis juga telah mempunyai sebuah stadium iaitu Stadium Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar. Stadium ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia terletak di Jalan Kolam (Jalan Tun Abdul Razak) di antara Sungai Perlis dengan kawasan Hospital Kangar. Stadium ini dibina pada ketika itu adalah untuk mengganti Padang Bandaran tidak jauh dari tapak stadium berkenaan bagi pelbagai aktiviti sukan terutama pertandingan bola sepak.

Setelah terbinanya Stadium Utama Negeri Perlis, Stadium Dato’ Sheikh Ahmad telah diubahsuai dan dijadi sebuah dataran yang pada hari ini di kenali sebagai Dataran Dato’Sheikh Ahmad. Dataran tersebut dijadikan tempat untuk beridah dengan adanya sukan Woodball.

 Koordinat:6.439,100.19



 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.