Pendidikan


Pendidikan ialah proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.


Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian.


Bandar Kangar juga tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan bagi menjamin komuniti yang lebih cemerlang di masa hadapan. Kerajaan negeri telah mendirikan beberapa institusi pendidikan di sekitar Kangar .


    Antara pusat pendidikan di sekitar Kangar:


    • Institut Latihan Perindustrian Kangar
    • Institut Perguruan Kangar
    • Giatmara Kangar
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Tunku Syed Putra
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ( P )
    • Sekolah Kebangsaan Sena
    • Sekolah Kebangsaan Seri Perlis
    • Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Khoon Aik

    © 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.