Berita & Aktiviti Terkini

Mesyuarat Kluster Sandakan

02 November 2017 | Berita Terkini

Pada 2 november lalu, satu mesyuarat Kluster Sandakan yang melibatkan 5 PI1M iaitu : PI1M KG. Sebait Padas                 : Rafeah Hamzah , Ryan Mazwan  PI1M KG. Sg. Kayu                       : Maisarah Gusla, Noorhaida Jusrin PI1M PPR Taman Gum-Gum          : Tuti Ema Yani Joseph, Indra Misalam PI1M PPR Taman Murni                 : Rahmat Nasrah, Syahniza Lee Jumat PI1M PPR Taman Mesra                : Habibah Duramit, Ain Natasha Najwa Awang kechil   Mesyuarat telah diadakan secara atas talian menggunakan perisian Skype dan telah di mulakan pada jam 9 pagi dan berlangsung sehingga 2 jam berikutnya. Antara... read more

Lawatan Rasmi CEO Celcom | Mr. Michael Kuehner

30 October 2017 | Berita Terkini

Pada 30 Oktober lalu, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Taman Mesra Sandakan telah menerima kunjungan daripada Mr. Michael Kuehner iaitu Chief Executive Officer (CEO) Celcom Axiata Berhad. Beliau yang tiba di PI1M PPR Taman Mesra sekitar jam 2 petang dan diiringi oleh beberapa orang pihak pengurusan Celcom Axiata Berhad cawangan Sandakan. Ketibaan beliau d sambut  dengan baik oleh komuniti terutamanya ahli PI1M yang turut hadir bagi menjayakan program ini. Encik Sopian Abu dan Encik Yusrizal Hussien dari pihak pengurusan Nusuara Technologies Sdn Bhd juga turut bersama-sama hadir bagi menyambut kunjungan... read more

Birthday Celebration 'October' @PI1M

28 October 2017 | Berita Terkini

         Pada 28 oktober lalu, aktiviti ‘Birthday Celebration ‘October’ di PI1M telah diadakan bagi tujuan meraikan ahli Pusat Internet 1Malaysia PPR Taman Mesra yang lahir pada bulan Oktober. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi menghargai ahli PI1M yang aktif. Aktiviti ini bermula pada pukul 12.00 tengahari dengan ketibaan ahli PI1M. Aktiviti ini juga disertai dengan pengisian Advokasi kepada ahli yang terlibat.       Seterusnya aktiviti meraikan ahli PI1M dilakukan, sebanyak 10 orang ahli yang terlibat dan lahir pada bulan Oktober. Aktiviti ini diakhiri dengan menjamu selera bersama pihak pengurusan PI1M.      ... read more

Program Advokasi PT3 SMJK Tiong Hua Sandakan

23 October 2017 | Berita Terkini

Pada 23 Oktober lalu, Pusat Internet 1 Malaysia telah menyertai satu program khas anjuran Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua, Sandakan. Program tersebut adalah bersempena dengan tamatnya sesi Pentaksiran Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) pada minggu lalu. Pihak sekolah (SMJK Tiong Hua) secara amnya telah menjemput pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia cawangan Sandakan dan juga Pusat Internet 1 Malaysia untuk membuat taklimat mengenai advokasi.   Dengan kerjasama daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bersama-sama dengan Pusat Internet 1 Malaysia daripada Kluster Sandakan telah mengadakan program advokasi ini dengan jayanya. Program ini bermula... read more

KELAS KEUSAHAWANAN: E-Shopee

22 October 2017 | Profil Usahawan Tempatan

      Pada 22 Oktober lalu, satu kelas keusahawanan iaitu pengenalan kepada portal E-Shopee telah di jalankan. Antara objektif kelas ini di lakukan ialah memberi panduan kepada ahli pi1m untuk menggunakan portal E-Shopee samada sebagai seorang pembeli ataupun peniaga.       Sepanjang kelas ini dijalankan pihak Pengurus Pi1M telah mempamerkan cara-cara masuk ke laman web portal ini dan seterusnya mengajar cara-cara menjadi ahli dalam portal E-Shopee. Dalam portal ini seorang yang menjadi ahli boleh menjadi sebagai pembeli ataupun peniaga , dimana dalam pada masa yang sama mereka boleh menjadi usahawan dengan menjual barang... read more

Spell It Right @PI1M

17 October 2017 | Berita Terkini

     PI1M PPR Taman Mesra telah menganjurkan pertandingan Spell It Right @ PI1M pada 17 Oktober lalu. Pertandingan ini di adakan bagi menggalakkan peserta yang terdiri daripada ahli pi1m terutamanya mempraktikkan cara mengeja dalam bahasa inggeris dengan betul.      Pertandingan ini terbuka kepada dua kategori iaitu Peserta berumur 8&9 tahun untuk kategori A, manakala peserta berumur 15&16 tahun untuk kategori B. Sebagai juri dan penganjur acara, pihak pengurusan PI1M telah menetapkan tema perkataan bagi pertandingan iaitu ( Computer terms, input & output device, fruits, school and days).    Melalui pertandingan yang... read more

Gotong-Royong

06 October 2017 | Berita Terkini

     Pada 6 oktober lalu, aktiviti gotong-royong di pi1m telah diadakan bagi tujuan membersihkan pi1m setelah kerja penyelenggaraan jubin lantai (tiles) pi1m telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan. pembersihan pi1m ini merangkumi keseluruhan kawasan pi1m (admin and surfing area, training room) akibat daripada kesan-kesan baikpulih yang dilakukan.      Pihak pengurusan dan beberapa orang ahli pi1m melaksanakan pembersihan secara berperingkat bermula dari awal pagi hingga ke petang. ... read more

KELAS : KEUSAHAWANAN MOORLIFE

17 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

         MOORLIFE – nama produk yang kian menjadi sebutan di kalangan komuniti terutamanya bagi golongan surirumah. Hal ini kerana Moorlife adalah merupakan satu jenama bagi bekas makanan dan minuman yang mempunyai banyak keistimewaan berbanding bekas makanan yang lain yang terdapat di pasaran Malaysia. Jenama moorlife ini merupakan produk hasil keluaran dari syarikat CMN yang berpusat di Jakarta Indonesia. Produk ini telah masuk di pasaran Malaysia pada setahun yang lalu. Kini jenama Moorlife kian menjadi sebutan dikalangan ahli-ahli yang juga merupakan pengguna bekas makanan dan minuman Moorlife ini.             Pada 17 september... read more

NEGARAKU | HARI MALAYSIA

17 September 2017 | Berita Terkini

   Bersempena dengan hari Malaysia yang ke 54 tahun yang di sambut pada setiap 16 september, pihak pengurusan PI1M PPR Taman Mesra juga tidak ketinggalan mengadakan program bersempena dengan sambutan ini. Bagi memeriahkan sambutan di pi1m, pihak pengurusan telah mengadakan sambutan hari Malaysia dengan pengisian aktiviti seperti advokasi, pengenalan Pusat Internet 1 Malaysia kepada ahli baru, sukaneka dan aktivti mewarna.      Program yang berlangsung pada 17 september ini bermula pada jam 2 petang dimana pengurus PI1M telah membuat sesi advokasi terlebih dahulu dengan tajuk hak & tanggungjawab digital dimana tajuk ini... read more

Jom Tanam Pokok

10 September 2017 | Berita Terkini

Pada 10 September yang lalu, pelaksanaan kempen “Jom Tanam Pokok” telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Taman Mesra. Kempen ini yang telah di lancarkan sejak julai lalu berjalan dengan jayanya dimana pihak pengurusan PI1M yang turut di bantu oleh ahli PI1M telah bersama-sama menjalankan aktiviti ini. Penyediaan bahan keperluan telah dilakukan sebelum aktiviti/proses penanaman dibuat. Pihak PI1M PPR Taman Mesra sangat berbesar hati kepada Puan Marcella Edwin kerana telah menyumbangkan “pokok halau nyamuk” sebanyak 4 batang pokok untuk di tanamkan di hadapan PI1M. Dengan pelaksanaan program ini di... read more

lagi berita & aktiviti