Berita & Aktiviti Terkini

MESYUARAT PELAKSANAAN JELAJAH SEBENARNYA.MY 2.0 DAERAH SANDAKAN

14 April 2018 | Berita Terkini

Pada 13 April 2017 bersamaan hari Jumaat telah diadakan mesyuarat pelaksanaan siri jelajah Sebenarnya.My 2.0 bagi peringkat daerah Sandakan bertempat di Bilik Selingan, Majlis Perbandaran Sandakan. Sebanyak 12 Agensi yang terlibat dalam mesyuarat tersebut termasuklah Pusat Internet 1Malaysia PPR Taman Murni, POS Malaysia Cawangan Sandakan, Telekom Malaysia Sdn. Bhd, Celcom Centre Sandakan, Maxis Centre Sandakan, Digi Center Sandakan, Jabatan Penerangan Daerah Sandakan, RTM Sandakan, Jabatan Hal Ehwal Khas dan BERNAMA Sandakan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan. Pihak MCMC pula diketuai oleh Encik Daffy Liamin Ketua Pejabat... read more

PROFIL USAHAWAN TEMAPAN

01 April 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Kak Ayang atau nama sebenar beliau Suhaimah Binti Mastar merupakan salah seorang usahawan secara atas talian yang aktif di kawasan PPR Taman Murni. Meskipun sudah berumatangga dan bergelar ibu, ini bukan menjadi peghalang untuk beliau terus melakukan perniagaan online yang diminatinya. Mula menceburkan diri dalam bidang ini pada tahun 2017, atas minat dan potensi yang dilihatnya serta dorongan dan sokongan dari ahli keluarga. Cuma bermodalkan RM 50.00 sahaja, kak Ayang telah memulakan perniagaannya di bawah Smart Tycoon Group (STG) dibawah syarikat Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd. Antara produk yang dijual... read more

PEMBIKINAN VIDEO - PASAR MALAM SANDAKAN

31 March 2018 | Berita Terkini

  Pada 30 mac yang lalu, pihak pengurusan PI1M Sandakan telah menjalankan aktiviti rakaman video bagi kluster Sandakan di beberapa lokasi tempat menarik yang terdapat di daerah ini khususnya. Seramai 7 orang kru terlibat dalam sesi rakaman ini yang berlangsung dengan jayanya. Antara lokasi terpilih dari kru menarik di Sandakan ialah pasar malam berhampiran pejabat pos bandar Sandakan. Pasar malam tersebut adalah antara yang terawal beroperasi di bandar Sandakan dan terkenal dengan gerai menjual makanan tempatan antaranya seperti ikan bakar, kepak ayam madu panggang, kuih terang bulan, cakui, jagung rebus dan bermacam-macam... read more

Gimsa Cafe & Grill

31 March 2018 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia pada 30 Mac yang lalu telah menjalankan misi pembikinan video Menarik Di Sandakan di Gimsa Café & Grill. Seramai 7 orang kru dari setiap Pusat Internet telah terlibat dalam sesi rakaman ini yang berlangsung dengan jayanya. Gimsa Café ini merupakan antara salah satu tempat makan yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai. Lokasi yang tidak jauh terletak di Pasir Putih, Jalan Karamunting, Sandakan iaitu kira-kira 15 minit perjalanan daripada pusat Bandar. Apa yang menarik di sini, Gimsa Café ini adalah sebuah restoran yang berkonsepkan hidangan makanan... read more

LAWATAN KE ST MICHAEL’S AND ALL ANGELS CHURCH SANDAKAN

31 March 2018 | Berita Terkini

Pada 30hb Mac 2018 bersamaan dengan hari jumaat, Pusat Internet 1Malaysia daerah Sandakan telah mengadakan satu program dan pembikinan video dalam mempromosikan Page Menarik di Sandakan. Kali ini, team menarik di Sandakan memilih untuk membuat lawatan ke St Michael’s and all Angels Church atau juga dikenali sebagai Gereja St. Michael yang terletak di Jalan Puncak Bandar Sandakan. Oleh yang demikian, Menarik di Sandakan dengan kerjasama PI1M PI1M PPR Taman Murni, PPR Taman Gum-Gum, , PI1M PPR Taman Mesra, PI1M Sebait Padas dan PI1M Sungai Kayu telah mengambil inisiatif dalam memperkenalkan... read more

LAWATAN PULAU BERHALA

31 March 2018 | Berita Terkini

Pada 30hb Mac 2018 bersamaan dengan hari jumaat, Pusat Internet 1Malaysia daerah Sandakan telah mengadakan satu program dan pembikinan video dalam mempromosikan Page Menarik di Sandakan. Menarik di Sandakan pada kali ini telah memilih salah satu tempat menarik yang terdapat di Sandakan yang masih belum diketahui orang ramai dan semakin dilupakan iaitu Kg. Berhala. Kg. Berhala yang juga terkenal dengan panggilan Pulau Berhala mempunyai suatu sisi permandangan yang sangat menarik sekiranya diketengahkan. Oleh yang demikian, Menarik di Sandakan dengan kerjasama PI1M PPR Taman Gum-Gum, PI1M PPR Taman Murni, PI1M PPR... read more

CABARAN HOMETUTOR ONLINE UPSR

20 March 2018 | Berita Terkini

Pada 20 Mac 2018 bersamaan hari Selasa PI1M PPR Taman Murni mengadakan cabaran Hometutor Online bagi pelajar yang bakal menghadapi UPSR pada tahun ini. Seramai 3 orang pelajar yang menyertai cabaran tersebut. Antara subjek yang terdapat dalam cabaran ini Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Rata-rata peserta memberikan tumpuan yang baik. Dengan adanya pendekatan pembelajaran sebegini dapat memudahkan pelajar untuk membuat latihan dan ulang kaji dengan lebih mudah. Mereka boleh mengaplikasikan apa yang mereka pelajari disekolah ketika mengikuti kelas ini di peringkat PI1M.  Cabaran ini dilaksanakan dengan cara memaparkan soalan... read more

KISAH CELIK ICT PI1M QUATER 1/2018

29 March 2018 | Kisah Kejayaan

Ruangan Celik IT PI1M yang  diketengahkan pada edisi ini merupakan seorang ahli aktif di PI1M PPR Taman Murni yang pemalu tetapi rajin orangnya. Seawal pembukaan PI1M dia kerap menggunakan kemudahan yang terdapat di PI1M seperti melayari internet dan mengikuti kelas. Mohd Syafik merupakan pelajar tingkatan 2 di SMK Sandakan Bestari. Masa lapang pelajar ini banyak dihabiskan di PI1M dengan mengikuti kelas ICT yang dibuat secara percuma dari basic ICT kepada Microsoft. Minat untuk mempelajari sesuatu mendorong Syafik untuk mengetahui tentang ICT dalam kehidupan disamping dapat menimba ilmu pengetahuan sebagai persediaan awal... read more

PROFIL USAHAWAN TEMPATAN PI1M

28 March 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Sariah Binti Danan atau lebih selesa dipanggil kak Sariah merupakan seorang usahawan dibidang masakan yang selalu tampil dengan menu-menu masakan yang enak. Bermula dengan menjual kuih muih kini mengembangkan lagi perniagaanya ke bidang masakan. Di temubual  oleh pihak PI1M beliau memberikan kerjasama yang baik walaupun hari-harinya banyak dihabiskan dikedai makan beliau. Antara menu yang sering disajikan antaranya sup, rojak dan kuih muih. Bercerita mengenai bimbingan dan dorongan menjalankan perniagaan ini beliau mendapat pemantauan daripada pihak FAMA dan Jabatan Pertanian. Beliau sering mengikuti kursus-kursus dan lawatan yang dijalankan oleh pelbagai agensi. Oleh... read more

HARI TERBUKA PI1M 2018

26 March 2018 | Berita Terkini

Pada 25 Mac yang lalu bersamaan hari Ahad,  PI1M PPR Taman Murni telah mengadakan Hari Terbuka  2018. Acara ini merupakan acara tahunan dan ini adalah anjuran kali ke-2 selama Pi1m beroperasi. Dianggarkan seramai lebih  200 peserta menghadiri majlis ini. Acara bermula seawall jam 08.00 pagi hingga pukul 05.00 petang. Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan baik. Seawal pukul 07.30 pagi penduduk mulai membanjiri perkarangan pi1m untuk pendaftaran aktiviti. Program dimulakan dengan larian Jogathon peringkat kanak-kanak yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori tabika, tahap 1 dan tahap 2 yang... read more

lagi berita & aktiviti