Berita & Aktiviti Terkini

MEMBUAT KAD UCAPAN KREATIF SEMPENA HARI IBU

11 May 2017 | Berita Terkini

  Pada 11 May 2017 bersamaan hari Khamis, satu aktiviti telah di jalankan iaitu membuat Kad Ucapan Kreatif Sempena Hari Ibu menggunakan aplikasi yang berada di komputer dan laman web. Aktiviti ini di jalankan untuk menonjolkan kreativiti serta bakat kanak-kanak sekolah rendah yang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Taman Sri Apas. Aktiviti ini disertai oleh ahli-ahli Pi1M sendiri. Setaip ahli diberikan masa bagi menyiapkan kad ucapan kreatif mereka untuk diberikan kepada ibu masing-masing. Peserta turut diberikan kemudahan internet untuk melihat idea-idea yang menarik untuk menghasilkan kad yg kreatif.               Aktiviti... read more

PROGRAM PENGENALAN PI1M DAN AKVOKASI SEMPENA KEM KEPIMPINAN DAN BINA INSAN KG. BATU PAYUNG

06 May 2017 | Berita Terkini

  Bersempena dengan Kem Kepimpinan dan Bina Insan yang diadakan di Kg. Batu Payung pada 05.05.2017 sehingga 07.05.2017, Pi1M Tawau telah mengadakan satu program Pengenalan Pi1M dan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) pada 06.05.2017 yang bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir sekitar pukul 4.00 petang. Program Pengenalan Pi1M dan KDB ini diadakan di Balai Raya Kg. Batu Payung dan disertai seramai 39 orang peserta yang berumur diantara 12 – 15 tahun. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta tentang salah satu kemudahan yang terdapat... read more

Usahawan Pi1M | Cik Nursyakina - Perniagaan Makanan Dan Minuman

16 May 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  Penerangan Produk :                                 Cik Nursyakina Basaruddin merupakan salah seorang ahli berdaftar Pi1M PPR Taman Sri Apas yang meneruskan usaha ibunya menjual makanan dan minuman secara kecil-kecilan di PPR Taman Sri Apas. Cik Nursyakina menjual makanan seperti bubur barobbok, kuih brongko dan dadih yg berbagai rasa. Selain itu, Cik Nursyakina menjual minuman seperti minumam ABC. Kadang-kadang Cik Nursyakina menerima tempahan daripada komuniti dalam PPR Taman Sri Apas. ... read more

PAMERAN SEMPENA “KEMBARA KERJA SABAH KARNIVAL PEKERJAAN” PERINGKAT DAERAH TAWAU

26 April 2017 | Berita Terkini

TAJUK PROGRAM : PAMERAN SEMPENA “KEMBARA KERJA SABAH KARNIVAL                                    PEKERJAAN” PERINGKAT DAERAH TAWAU TARIKH & MASA    : 26 APRIL 2017 (RABU) 8.30 AM – 4.30 PM TEMPAT                  : DEWAN MASYARAKAT TAWAU   Kembara Kerjaya Sabah Karnival Pekerjaan peringkat daerah Tawau telah berlangsung pada 26 April 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 4.30 petang ini dilengkapi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik antaranya Karnival Pekerjaan, Temuduga Terbuka, Pameran Kerjaya, Taklimat dan Ceramah Kerjaya. Pelbagai majikan dari sektor swasta dan kerajaan turut menyertai... read more

KOMUNITI PINTAR TAWAU- MENDAKI BUKIT GEMUK

14 April 2017 | Berita Terkini

  TAJUK PROGRAM           : KOMUNITI PINTAR TAWAU- MENDAKI BUKIT GEMUK TARIKH & MASA               : 14 APRIL 2017 (JUMAAT) TEMPAT                               : PUSAT SEJADI BUKIT GEMUK TAWAU.   Jumaat -14 April 2017, Sekitar Jam 7.30 Krew Komuniti Pintar Tawau telah berkumpul di pintu hadapan Pusat Sejadi Bukit Gemuk bagi menjayakan satu lagi program untuk Laman komuniti pintar iaitu mempromosikan tempat-tempat menarik di Tawau dan tempat yang dipilih adalah Pusat Sejadi Bukit Gemuk, perjalanan yang mengambil masa 15 minit daripada Bandar Tawau ini menjadi medan untuk Krew Komuniti Pintar mengambil ‘’Footage- Footage’’ dengan tujuan menguar-uarkan... read more

PERTANDINGAN MEMASAK ANJURAN KELAB USAHAWAN TAWAU

15 April 2017 | Berita Terkini

  TAJUK PROGRAM    : PERTANDINGAN MEMASAK ANJURAN KELAB USAHAWAN TAWAU   TARIKH & MASA      : 15 APRIL 2017 (SABTU) & 10.30 PAGI – 12.00 T/HARI) TEMPAT                    : PPR TAMAN SRI APAS,TAWAU               Pada 15 April 2017 bersamaan hari Sabtu, Kelab Usahawan Tawau dan Parliament P.190 Tawau telah mengadakan satu Program Pertandingan Memasak Bersama Komuniti Setempat yang berlangsung di Pentas Serbaguna PPR Taman Sri Apas. Pertandingan yang dihadiri oleh penduduk-penduduk PPR Taman Sri Apas itu bermula pada jam 8.30pagi dengan dimulakan dengan pertandingan memasak. Seramai 30 peserta yang telah terpilih ke pusingan akhir berentap... read more

BENGKEL KEUSAHAWANAN MERANGKA LAMAN WEB

13 April 2017 | Berita Terkini

  TAJUK PROGRAM    : BENGKEL KEUSAHAWANAN MERANGKA LAMAN WEB   TARIKH & MASA      : 13 APRIL 2017 (KHAMIS) & 9.00 PAGI – 5.00 PETANG) TEMPAT                    : Pi1M PPR TAMAN SRI BALUNG   Pada 13 April 2017 bersamaan Hari Khamis, Bengkel Keusahawanan membina Laman Web telah diadakan bertempat di Pusat Internet 1Malaysia PPR Taman Sri Balung Tawau, Bengkel Ini adalah hasil  usahasama bersama pusat internet yang lain, antara pusat Internet yang terlibat adalah PPR Taman Sri Apas, PPR Taman Sri Semarak,Kg Batu Payung, Kg Pasir Putih, Kg Balung Cocos, dan Merotai Besar. Bengkel ini bertujuan untuk... read more

PROGRAM PERTANDINGAN MONTAJ KREATIF BERKUMPULAN

01 April 2017 | Berita Terkini

  TAJUK PROGRAM    : PROGRAM PERTANDINGAN MONTAJ KREATIF BERKUMPULAN TARIKH & MASA      : 01 APRIL 2017 (SABTU) & 8.00 PAGI – 12.00 T/HARI) TEMPAT                    : Pi1M PPR TAMAN SRI APAS,TAWAU       Pada 01 April 2017 bersamaan hari Sabtu, satu pertandingan menguji kreativiti kanak-kanak sekolah rendah diadakan bertempat di Pusat Internet 1Malaysia PPR Taman Sri Apas. Pertandingan yang dinamakan Pertandingan Montaj Kreatif Berkumpulan ini disertai oleh ahli-ahli Pi1M sendiri. Peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan, dan diberi bahan-bahan pertandingan. Peserta diberi masa selama 1jam 30 minit untuk menyiapkan tugasan. Peserta turut diberikan kemudahan internet... read more

Usahawan Pi1M|Puan Suraya - Perniagaan Runcit Dan Gerai Makan

20 April 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  Penerangan Produk: Puan Suraya merupakan seorang guru Sekolah Rendah. Menetap di Bandar Sri Indah namun membuka perniagaan di PPR Taman Sri Apas. Beliau menjalankan perniagaan peruncitan dan kedai makan. Perniagaan ini sudah hampir 2 tahun berjalan dan mendapat sambutan yang memberansangkan daripada penduduk PPR Taman Sri Apas khususnya. Antara jualan yang dijual di kedai Suraya Café ada seperti bahan mentah seperti ayam dan daging, barang keperluan dapur seperti minyak, tepung, beras, dan sebagainya.  Selain dari itu, Suraya Café turut menjual pelbagai menu masakan seperti mee hun sup, sup ayam, nasi lalap,... read more

BENGKEL KEUSAHAWANAN & KECANTIKAN -LA`SOUL BEAUTY WORKSHOP GABUNGAN Pi1M TAWAU

05 March 2017 | Berita Terkini

TAJUK PROGRAM           : BENGKEL KEUSAHAWANAN & KECANTIKAN -LA`SOUL BEAUTY                  WORKSHOP TARIKH & MASA               : 05 MAC 2017 (SABTU) & 09.00 AM - 3.00 PM TEMPAT                               : Pi1M PPR TAMAN SRI SEMARAK (BERSAMA Pi1M TAWAU)   Pada 5 Mac 2017 yang lalu, satu program kerjasama bersama pihak “La`soul Beauty Product” telah dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia PPR Taman Sri Semarak iaitu Bengkel Keusahawanan dan Kecantikan– La`soul Beauty Workshop. Bengkel ini juga merupakan program gabungan seluruh Pi1M cawangan Tawau. Bengkel ini dihadiri oleh beberapa orang AJK Pi1M, penduduk tempatan PPR dan juga pihak... read more

lagi berita & aktiviti