Majlis Penyampaian Hadiah Usahawan Terbaik Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M)

06 October 2017 | Berita Terkini

 

Pada 5 Oktober 2017 (Khamis), telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Usahawan Terbaik Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) di Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cyberjaya.

Majlis tersebut yang dianjurkan oleh MCMC bertujuan untuk menghargai pencapaian komuniti dari sekitar PI1M di seluruh negara. Enam usahawan terbaik dari enam wilayah hari ini dinobatkan sebagai Usahawan Terbaik Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) 2017.

Pengusaha makanan berasaskan Tuhau dan juga merupakan Ahli/Usahawan Pi1M Putera Jaya iaitu Pn.Eriy Binti Dusun, dipilih sebagai Usahawan Terbaik Sabah. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Dr. Halim Shafie.

Kami berbangga dengan kejayaan anda. Semoga dapat memberi suntikan semangat untuk terus mengembangkan lagi perniagaan anda. Juga memberi inspirasi khusus kepada Ahli Pi1M untuk memanfaatkan teknologi ICT/internet bagi meluaskan lagi Perniagaan.