Bengkel Asas ICT (Media Sosial) bersama Imam sekitar Bandaraya KK

03 November 2017 | Berita Terkini

 

Pada 1 dan 2 November 2017, telah diadakan Bengkel Asas ICT (Media Sosial) bersama Imam-Imam sekitar Bandaraya Kota Kinabalu di Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Putera Jaya, Telipok, Sabah.

Objektif :

# Peserta mengetahui asas menggunakan media sosial

# Menggunakan media sosial sebagai medan berdakwah

 

 

Bengkel Asas ICT (Media Sosial) merupakan kursus yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) . Pi1M Putera Jaya merupakan salah satu PI1M yang terpilih untuk melaksanakan Bengkel ini bagi kawasan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Kursus berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Menurut peserta, banyak ilmu baru yang mereka perolehi sepanjang Bengkel Asas ICT (Media Sosial) ini.

 

Klik Disini untuk melihat Gambar Penuh Bengkel