Permainan "Teka Siapa?"

07 November 2017 |

                                                                       

                                                                       Sebahagian daripada ahli kumpulan yang manang dalam permainan ini

 

Pada tarikh 7 November 2017 bersamaan dengan hari Selasa, Pi1M Puterajaya telah mengadakan satu aktiviti permainan bersama ahli-ahli yang datang ke PI1M sempena musim cuti sekolah untuk memberi laluan kepada peperiksaan SPM. Aktiviti permainan santai ini dihadiri oleh 9 orang pelajar sekolah(5P 4L).

 

Sebelum memulakan permainan ini, staff PI1M terlebih dahulu mendedahkan kepada peserta tentang ‘Online Grooming’ iaitu jenayah siber yang melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

 

Cara untuk bermain permainan “Teka Siapa?” ini adalah, setiap peserta dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak oleh staf Pi1M. Peserta kemudiaannya berdiri membuat barisan ke belakang. Ketua kumpulan akan berada di kedudukan paling depan berhadapan dengan ketua kumpulan lawan yang juga membuat susunan barisan yang sama. Kedua kumpulan akan dipisahkan dengan sehelai kain diantara dua ketua kumpulan tersebut. Setiap kali kain itu dilepaskan, ahli kumpulan akan menyebut nama ahli lawan di hadapan mereka dengan pantas. Ahli kumpulan yang berjaya menyebut nama lawan dengan betul dan pantas akan dikira sebagai Point.

 

Permainan ini dilakukan sebanyak 10 pusingan dan kumpulan yang berjaya mengumpul markah terbanyak dikira sebagai pemenang. Hadiah berupa hamper disampaikan kepada pemenang.

 

Secara keseluruhannya aktiviti ini telah mencapai objektif yang disasarkan.