Kempen Keselamatan Kanak-Kanak - Sahabat B.I.J.A.K : "Safe & Protect"

11 November 2016 | Berita Terkini

Pada Jumaat lepas bersamaan dengan 11 November 2016, Pi1M Putera Jaya bersama Pi1M Kg.Muhibbah Putatan dengan kerjasama pihak SKMM telah dijemput untuk sama-sama dalam merasmikan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sekolah Sahabat B.I.J.A.K = " Safe & Protect" Bersama pelajar SJK(c) Chung Hwa, Kota KInabalu. Oleh itu wakil daripada Pi1M Putera Jaya dan Pi1m Kampung Muhibbah telah diberi kesempatan oleh pihak sekolah tersebut untuk membentangkan 'booth' yang mana pelajar, guru-guru serta orang awam boleh melihat dan mendengar serba sedikit tentang aktiviti dan kemudahan yang ada di dalam Pusat Internet 1 Malaysia. Kempen ini secara kasarnya disertai oleh pelajar, kakitangan sekolah dan ibu bapa seramai 300 orang. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 12 tengahari. Program ini bertujuan untuk :

1. Mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia

2. Memberi kesedaran tentang pentingnya seorang individu untuk belajar Komputer.

3. Mendidik Pelajar untuk menggunakan Internet secara berhemah, waspada dan bertanggunggjawab.

 

Aktiviti sepanjang kempen :

1. Sesi Soal jawab serta quiz bersama pelajar.