Jelajah Junior Bijak ICT di Tabika (A) Tmn Putera Jaya

15 November 2016 | Berita Terkini


Pada 15 November  2016, Pi1M Putera Jaya bersama-sama dengan Pi1M PPR Rugading, Pi1M Kg.Serusup dan Pi1M Kg.Sg.Damit, Tuaran telah mengadakan Jelajah Junior Bijak ICT di Tabika Perpaduan (A) Taman Putera Jaya . Program Jelajah “Junior Bijak ICT” ini bertujuan untuk mendedahkan ilmu digital kepada pelajar diawal usia iaitu peringkat Prasekolah. Selain itu program ini juga bertujuan sebagai pengenalan kepada komuniti setempat tentang penubuhan PI1M serta tujuan dan fungsinya.  Seramai 25 orang (10 P,15L) pelajar Tabika Perpaduan (A) Tmn Putera Jaya telah menyertai Jelajah ini.

Antara Pengisian Jelajah ini ialah:

      i.        Pengenalan ringkas Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M)

     ii.        Pengenalan Komputer dan fungsinya

    iii.        Belajar ABC dengan menggunakan aplikasi ABC Genius

    iv.        Belajar menaip nama,nombor dan Perkataan dengan menggunakan aplikasi MsWord

    v.        Klik Dengan Bijak

Secara Keseluruhannya, Program ini telah mencapai objektif yang telah digariskan. Pihak Tabika amat memberi respond yang positif tentang pengisian program Jelajah Junior Bijak ICT ini. Pihak Pi1M juga menerima permintaan daripada Tabika Perpaduan untuk melaksanakan program yang sama di Tabika mereka.

Belajar ABC dengan menggunakan aplikasi ABC Genius