Pameran Pi1M sempena Hari Bertemu Pelanggan HEPA,UMS

16 November 2016 | Berita Terkini

                           

Pada 16 November 2016, Pi1M Putera Jaya, Pi1M PPR Rugading, Tuaran dan Pi1M Kg.Muhibbah, Putatan telah menyertai Pameran sempena Hari Bertemu Pelanggan HEPA, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Anjung Siswa, UMS. Pada hari tersebut Pi1M terlibat telah mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut di Booth Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM):

  • Promosi Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M)
  • Promosi Program e-Waste
  • Kempen Kesedaran tentang Keselamatan di Internet (Klik Dengan Bijak/KDB)

Terdapat pelbagai aktiviti Klik Dengan Bijak yang telah disajikan untuk pengunjung booth antaranya ialah:

  • Game Mini Golf KDB
  • Puzzle KDB
  • Search words (mencari perkataan) KDB
  • Kuiz KDB
  • Crossword KDB & ICT

Aktiviti yang disediakan ini secara langsung dapat menyemai sikap tanggungjawab dan waspada dalam kalangan peserta ketika menggunakan internet terutamanya media sosial.

Sepanjang hari tersebut Booth Pi1M mendapat sambutan yang baik daripada pengunjung dimana terdapat lebih 50 orang pengunjung yang telah menyertai aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Pengunjung adalah terdiri daripada Kakitangan UMS, Pelajar UMS, Pelajar Sekolah, Rakan Organisasi yang turut menyertai Pameran dan Orang Awam. Pameran ini bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.

                          Antara Pengunjung yang singgah menyertai aktiviti di booth Pi1M 

 

                                Aktiviti Puzzle Klik Dengan Bijak (KDB)

 

Aktiviti Crossword, Kuiz dan Mencari Perkataan berkaitan dengan ICT dan Keselamatan Internet (KDB)