Rakaman Video Smart Community Kota Belud

25 November 2016 | Berita Terkini

Pada 17 November 2016, Pengurus Pi1M Putera Jaya terlibat dengan Rakaman Video Smart Community Kota Belud bertempat di Pejabat Daerah Kota Belud bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC) Sabah. Rakaman temubual ini bertujuan untuk mempromosi Kota Belud dan meminta pendapat daripada Pegawai Daerah Kota Belud tentang Projek Smart Community yang sedang dilaksanakan di Daerah tersebut.