DIY Christmas Giant Postcard

13 December 2016 |

Sempena bulan Krismas ini, PI1M Pekan Putera Jaya telah mengadakan aktiviti membuat Christmas Giant Postcard bersama beberapa ahli PI1M.

Pada 13 Disember 2016 bersamaan hari Selasa,aktiviti ini diadakan di Pi1M Putera Jaya bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari dan disertai oleh 9 orang peserta ahli PI1M. Pengisian aktiviti ini dimulakan dengan penjelasan cara-cara menghasilkan Giant Postcard serta pengasingan tugas. Peserta kemudiannya meneruskan aktiviti dengan menggunting serta melekatkan kepingan-kepingan hasil guntingan menjadi satu gubahan poskad yang berunsurkan Perayaan Krismas.

Hasil karya para peserta dilekatkan di sudut PI1M Pekan Putera Jaya yang terpilih.

 

MERRY CHRISTMAS WARGA PI1M!! ^_^