Kisah Kejayaan | Ahli Pi1M Putera Jaya mendapat tempat di Pertandingan Poster KDB (Kebangsaan)

14 December 2016 | Kisah Kejayaan

                                         

                          Poster Tema 2: Pemenang Tempat-2 Kategori Umum (Cik Arbaya)

Kisah Kejayaan kali ini kami membawakan cerita kemenangan Ahli Pi1M Putera Jaya dalam Pertandingan Poster Kreatif Klik Dengan Bijak (KDB) anjuran JAKIM & MCMC, terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pertandingan rekabentuk poster advokasi ICT ini bertemakan isu keselamatan internet dengan suntikan elemen nilai-nilai murni agama Islam. Tempoh pertandingan  bermula pada 1 September hingga 30 November 2016 dimana terdapat 6 Tema dan 2 Kategori iaitu Kategori Umum (18 tahun keatas) dan Pelajar(18 tahun kebawah) . Kaedah ini adalah salah satu langkah untuk memperkasakan masyarakat mengenai mesej- mesej advokasi dan mempelbagaikan platform dakwah.

 

Dalam Pertandingan tersebut Ahli Pi1M Putera Jaya telah berjaya mendapat tempat Ke-2 dan Ke-3 berikut adalah senarai Pemenang mengikut Tema:

Tema 2 : Cik Arbaya (Tempat Ke-2 Kategori Umum)

Tema 4 :

# Cik Arbaya (Tempat Ke-2 Kategori Umum)

# Adik Muhammad Daniel Dzulkarnain Jeffridin (Tempat Ke-2 Kategori Pelajar)

# Adik Nurul Fatihah Jeffridin (Tempat Ke-3 Kategori Pelajar)