Projek Animasi Cuti Sekolah

23 December 2016 | Berita Terkini

                                                                        

Pada 13 dan 15 Disember yang lepas, Pi1M Putera Jaya telah mengadakan Bengkel Projek Animasi sempena cuti panjang sekolah 2016. Bengkel ini dibuka kepada semua pelajar sekolah yang merupakan Ahli Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) dan dibahagikan kepada dua kelas iaitu Kelas Sesi Pagi (9.00amà12pm) dan Kelas Sesi Petang (1.30pmà4.30pm).

Projek animasi terbahagi kepada dua iaitu :

# Projek Animasi “Let’s Learn ABC” menggunakan Microsoft Power Point

Dalam projek ini, Peserta didedahkan/diajar bagaimana meghasilkan animasi Alphabet ABC bersama contoh item yang bermula dengan huruf dan disertakan dengan audio (sebutan huruf dan objek), animasi pergerakan dan transition. Peserta belajar cara memasukkan text,gambar, merakam suara, memasukkan suara, animasi dan transition ke dalam Microsoft Power Point untuk menjadikan sebuah animasi huruf ABC yang menarik

 

                                                                                 

# Projek Animasi Klik Dengan Bijak menggunakan PowToon

Dalam projek ini Peserta siajar cara membuat animasi dengan menggunakan aplikasi web iaitu www.powtoon.com. Tema projek adalah mesej-mesej Kempen Keselamatan Internet (Klik Dengan Bijak)

 

Secara keseluruhannya, Projek Animasi ini  telah berjalan dengan lancer seperti yang telah dirancang oleh pihak Pi1M Putera Jaya. Semua peserta telah berjaya menyiapkan tugasan pada masa yang telah ditetapkan.