Ekonomi dan Keusahawanan

Aktiviti Keusahawanan di Taman Putera Jaya:

1. Supermarket dan Kedai Runcit
- Supermarket seperti Giant dan Kedai Runcit ini menjual pelbagai barangan untuk keperluan asas dan pelbagai barangan lain untuk keperluan penduduk di Taman Putera Jaya dan juga daripada penduduk kawasan yang berdekatan seperti Bandar Sierra dan Taman Putera Perdana.

2. Restoran 
- Tedapat lebih 5 buah restoran di Taman Putera Jaya yang menyediakan makanan halal seperti Restoran Anjung Selera, Restoran D'Bulan, Restoran Kak Nor, Restoran Hajimah dan banyak lagi. Restoran-restoran ini menyediakan makanan selera tempatan, semenanjung dan mamak.

3. Pasar Harian
- Pasar ini terletak di tengah-tengah Taman Putera Jaya,berdepan dengan Giant Supermarket dan beberapa kedai/restoran. Pasar Harian ini dibuka pada setiap hari bermula seawal pukul 3 petang sehingga 8 malam. Terdapat lebih 10 orang peniaga yang menjual di pasar ini. Mereka menjual bahan keperluan harian seperti sayur-sayuran, daging, makanan laut dan ayam. Selain ini, terdapat juga peniaga yang menjual kuih dan kek di Pasar ini.

4. Pasar Malam
- Pasar Malam Taman Putera Jaya diadakan/dibuka pada setiap hari Isnin dan Jumaat bermula seawal pukul 3 petang  sehingga 8 malam. Pasar Malam ini dibuka di tapak parking kereta bersebelahan dengan Pasar Harian. Ramai pengunjung daripada penduduk setempat dan juga pengunjung daripada beberapa daerah kecil sekitar Taman Putera Jaya datang ke Pasar Malam ini.

5.Penjaja
- Pada setiap pagi kelihatan beberapa Penjaja di tepi jalan kawasan Taman Putera Jaya menjual makanan untuk sarapan pagi seperti kuih muih , mee goreng, nasi lemak dan nasi lemak.


USAHAWAN PI1M PUTERA JAYA

1) Pn.Eriy Dusun (Pengusaha Tuhau)
Pn.Eriy mengusahakan Produk yang berasaskan daripada Tumbuhan Herba yang tumbuh subur di Bumi Borneo iaitu Tuhau. Antara Produk Yang Dikeluarkan Ialah Jeruk Tuhau Pedas, Jeruk Tuhau Asamboi, Serunding Tuhau, Multi Pes Tuhau Dan Sambal Tuhau. Harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu daripada harga RM5.50 ke RM 6.00
Sebarang Tempahan boleh dibuat dengan cara Telefon/SMS/Whatsapp 0128018975. Katalog/ Sample produk boleh dilihar di laman blog QueYun TUHAU tuhauqueyun.blogspot.my


2) Pn.Juliana Sapar (Pengusaha Makanan Ringan, Biskut dan Kek)
Pn. Juliana mengusahakan perniagaan makanan ringan, kek dan biskut. Antara produk beliau yang mendapat permintaan hangat tanpa mengira musim ialah Keropok dan Popiah Goncang. Setiap produk ini didatangkan dengan 4 perisa iaitu Keju, Sambal, Balado dan Jagung. Harga yang ditawarkan adalah RM5 hingga 15 bergantung kepada berat dan jenis bungkusan. Anda juga boleh menempah biskut raya atau kek dengan Pn.Juliana untuk Perayaan atau Majlis.
Sebarang Tempahan  boleh dibuat dengan cara Telefon/SMS/Whatsapp 0146724427 atau Facebook :  Julianah Ana (www.facebook.com/julianah.ana.96)


3) Pn.Kasmah Duali (Pengusaha Makanan Tradisi/Ringan)
Pn.Kasmah mengusahakan perniagaan makanan tradisi dan makanan ringan yang sinonim di Malaysia iaitu Kuih Sepit.Kuih Sepit ini diperbuat daripada tepung gandum dan dicampur dengan beberapa bahan-bahan lain seperti gula, tepung beras dan santan. Kuih Sepit ini sangat enak dan rangup boleh dimakan terus ketika santai ataupun semasa Perayaan seperti Hari Raya. Harga sangat murah hanya RM3 sahaja sebungkus. 
Sebarang Tempahan  boleh dibuat dengan cara Telefon/SMS/Whatsapp 01120504090 atau Facebook :  Kd Emma 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.