Kemudahan Awam



Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Taman Putera Jaya antaranya ialah :

1) Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M)
  • PI1M adalah antara projek di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalurlebar, PI1M juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT dan juga perkhidmatan lain seperti mencetak, scan dan fotostat. Pi1M Putera Jaya berada dibahagian rumah kedai dan sangat senang untuk dikunjungi oleh penduduk setempat. 

2) Klinik 1 Malaysia ( bersebelahan dengan Pi1M Pekan Putera Jaya
  • Klinik 1 Malaysia merupakan inisiatif kerajaan sesuai dengan pendekatan Kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Klinik 1 Malaysia ini menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk di kawasan bandar dan luar bandar dan juga ubat-ubatan. Bayaran bagi setiap rawatan hanya RM1 dapat meringan beban penduduk yang berpendapatan rendah. Selain itu juga, lokasi Klinik yang strategik dan berdekatan dengan rumah memudahkan penduduk untuk menerima rawatan. 

3) Tempat Ibadah ( Masjid/ Gereja ) 
  • Tempat Ibadah seperti Masjid dan Gereja juga disediakan untuk penduduk sekitar taman ini. Semua penduduk boleh menunaikan aktiviti sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Penduduk di taman ini terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan. Selain itu, tempat Ibadah ini juga bolen menjalankan aktiviti bila tibanya musim-musim perayaan dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan penduduk. 

4) Tempat Riadah ( Padang/Taman Permainan Kanak-Kanak ) 
  • Tempat riadah yang terdapat di Taman Putera jaya ialah Padang dan Taman Permainan kanak-kanak. Penduduk boleh menjalankan aktiviti seperti bersenam dan bersukan. Kewujudan taman riadah ini juga menjadi tempat berkumpul  untuk mengeratkan hubungan antara jiran tetangga. Interaksi ini memastikan hubungan antara masyarakat lebih mesra dan terjalin rapat tidak kira tua dan muda.  

5) Dewan Serbaguna 
  • Dewan serbaguna ini disediakan untuk kemudahan semua penduduk Taman Putera Jaya yang memuatkan 300orang dalam pada satu masa. Dewan serbaguna ini merupakan tempat menjalankan aktiviti samada rasmi, tidak rasmi atau riadah. Dewan ini juga dilengkapi dengan kemudahan gelanggang badminton, P.A system, kerusi dan meja. 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.