Maklumat Tempatan

.
.

Maklumat Taman Putera Jaya

Taman Putera Jaya mempunyai 1156  Apartment, 333 Rumah Teres, dan 86 buah Kedai dengan keluasan 66 ekar. Secara keseluruhannya penduduk yang tinggal di Pekan Putera Jaya adalah sebanyak 4,103 orang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Putera Jaya, Kota Kinabalu telah ditubuhkan pada 19 April 2002 dan telah diwartakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional(JPNIN)  pada 17 Mac 2003. Sejak 14 tahun KRT Taman Putera Jaya diwartakan, beberapa pencapaian dari segi aktiviti begitu menonjol dan mendapat perhatian daripada pihak Penyelaras KRT Bandaraya dan JPNIN sendiri.

KRT Taman Putera Jaya dipengerusikan oleh En.Maidin Udin dan dibantu oleh beberapa Ahli Jawatan Kuasa yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa AJK INduk, Jiran Wanita, Jiran Muda dan Usia Emas.
 
Hampir setiap bulan KRT Taman Putera Jaya melaksanakan aktiviti yang melibatkan AJK dan komuniti setempat dan ini telah melayakkan KRT Taman Putera Jaya dianugerahkan sebagai KRT yang teraktif di kawasan Kota Kinabalu. Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh KRT Taman Putera Jaya mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya menyatupadukan masyarakat di kawasan ini. Berkat usaha dan kerjasama yang ditunjukkan oleh barisan AJK, KRT Taman  Putera Jaya telah berjaya menggondol beberapa Anugerah.
 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.