Pelancongan & Rekreasi

Terdapat beberapa tempat menarik yang berdekatan dengan Pi1M Putera Jaya antaranya:

1. BUKIT NULUH LAPAI, KG.LAPASAN,TELIPOK

Bukit Nuluh Lapai merupakan salah sebuah tempat Rekreasi kedudukannya 7KM dari PiM Pekan Putera Jaya . Bagi peminat aktiviti hiking Bukit Nuluh Lapai menjanjikan sebuah pengalaman hiking yang mencabar dan pemandangan puncak yang sangat indah.

Facebook : https://www.facebook.com/NuluhLapai

Alamat: Bukit Nuluh Lapai, Kg Lapasan Telipok (Jalan Gayang Lama)

Lokasi: 6.114956 (Lat), 116.156791 (Long)


2. BUKIT TIRIG, KG.LAPASAN, TELIPOK

Bukit Tirig terletak di Kg lapasan,Telipok sangat terkenal bagi penggemar sukan lasak Hiking . Bukit in terletak 6KM dari Pi1M Pekan Putera Jaya dan tidak jauh dari Bukit Nuluh Lapai.

Facebook : https://www.facebook.com/NKebayau

Address : Kg Lapasan,Telipok 

Lokasi : 6.062346 (Lat), 116.233142 (Long)


3. NULU KEBAYAU

Terletak di Kg Kebayau,Telipok sudah tidak asing lagi bagi penggemar sukan lasak Hiking (10KM dari Pi1M Pekan Putera Jaya) . Ketinggian bukit 635m/2083ft aras laut dan laluan pendakian 4KM . Mempunyai 2 puncak iaitu Puncak Lapai dan Puncak Dongkungon

Telephone No: 017-8294726 / 013-8700851 / 011-14822553 / 016-8221703

Facebook : https://www.facebook.com/NKebayau

Address : Kg Kebayau,Telipok 

Location: 6.062346 (Lat), 116.233142 (Long)

 

4.  KOKOL HEAVEN RESORT

Alamat: KM 10, Jalan Kokol, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
No.Telefon/email: 1700.818.733 / kokolhaven@gmail.com.
Website: www.kokolhaven.com

Kokol Heaven Resort terletak 15km daripada Pi1M Tmn Putera Jaya. Sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Kokol, ia seperti memasuki hutan yang belum diterokai dan jalan menuju ke kampung juga belum lagi diturap. Namun, apa yang menarik hati pengunjung ketika tiba di sini ialah pemandangannya yang begitu indah dan menarik. Kedudukannya yang terletak di atas kaki bukit menyebabkan pengunjung dapat melihat Gunung Kinabalu yang tersergam indah serta seluruh Bandar Raya Kota Kinabalu. Selain itu, pengunjung juga dapat melihat Laut Cina Selatan yang membiru, Pulau Gaya yang berbalam-balam serta bangunan kemegahan rakyat Sabah iaitu Menara Tun Mustapha. Resort ini adalah yang paling terkenal dengan restaurant, Horizon, dengan hidangan lazat seperti ekor lembu Curry, Tuaran Mee, dan Fried Icecream . Pandangan yang menakjubkan ditambah pula dengan keenakan makanan Horizon menjadikan Kokol Haven Resort tempat yang hebat untuk menikmati dengan keluarga dan rakan-rakan.
 
 

5. AIR TERJUN KIONSOM

Alamat : Jalan Kiansom, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Air terjun Kionsom yang terletak di Inanam Sabah adalah air terjun yang paling dekat dengan Bandaraya Kota Kinabalu.Jarak diantara Pi1M Putera Jaya dengan Air Terjun Kionsom adalah kira-kira 19km. Jarak diantara bandar Kota Kinabalu dengan Air terjun kionsom kira-kira 25 km atau 30-40 minit memandu dari bandar. Air terjun ini terkenal di kalangan penduduk tempatan dan kadangkala sesak dengan kehadiran orang awam untuk berkelah disini terutama pada hujung minggu dan cuti. Air Terjun Kionsom mempunyai tujuh tingkat semuanya. Suasana yang segar dan indah serta dikelilingi dengan alam semula jadi membuatkan anda lupa dengan tekanan seharian. Terdapat kemudahan yang disediakan disini, antaranya gerai makanan/minuman , tandas, tempat mandi , dan pondok berkelah. Bayaran masuk Air Terjun Kionsom adalah RM1.50 untuk dewasa dan RM 0.50 untuk kanak-kanak


6. 1 BORNEO HYPERMALL

Alamat : Jalan Sulaman,Kota Kinabalu, Malaysia
No.Telefon : 088-448 089
Facebook : www.facebook.com/1borneohypermall

1Borneo Hypermall juga dikenali sebagai 1Borneo sebuah pusat membeli-belah di Kota Kinabalu , Sabah , Malaysia. 1Borneo terletak 11 km dari Pi1M Putera Jaya dan Ia adalah kompleks membeli-belah terbesar di Malaysia Timur. 1Borneo Hypermall terletak di sebuah kawasan yang merupakan sektor yang paling pesat berkembang di Sabah. Ia hanya 7 km dari Bandaraya Kota Kinabalu dan kira-kira 13 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
 


7.NEXUS KARAMBUNAI RESORT
Alamat : Jalan Sepangar, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
No Telefon : +60 88-411 222
Website: www.nexusresort.com

Terletak hanya 14km dari Pi1M Putera Jaya, 28km dari bandar dan 38km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Nexus Resort & Spa Karambunai adalah di tengah-tengah 3,335 ekar persekitaran semula jadi dan landskap mewujudkan latar belakang yang sempurna untuk semua 485 bilik tamu yang serba-lengkap, suite dan vila mewah. Memenangi anugerah 18-hole championship golf course dan Borneo Spa eksklusif melengkapkan kemudahan yang hebat di resort yang indah ini. Mempunyai lapan restoran dan bar serta pelbagai kemudahan aktiviti riadah dan rekreasi .


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.