Pendidikan



Terdapat beberapa Tabika,sekolah dan institusi di Taman Putera Jaya dan sekitarnya. 

Berikut adalah Tabika/Taska di Taman Putera Jaya:

1. Tabika Perpaduan (A) Taman Putera Jaya
Tabika ini terletak berdekatan dengan Padang,Dewan dan Masjid An-Nur Taman Putera Jaya. Kelas Tabika Perpaduan (A) ini ditempatkan di dalam Bangunan Rukun Tetangga Taman Putera Jaya. Tabika Perpaduan (Taman Bimbingan Kanak-kanak)     diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga. Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati    nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak. Jarak Tabika ini daripada Pi1M Putera Jaya hanya 600meter sahaja


2. Tabika Perpaduan (B) Taman Putera Jaya
Tabika Perpaduan (B) terletak di kawasan rumah teres Taman Putera Jaya, ia tidak jauh dari Tabika Perpaduan (A) . Jarak Tabika ini daripada Pi1M Putera Jaya hanya 500meter sahaja.


3. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI merupakan salah satu pusat pendidikan awal kanak-kanak yang ada di Malaysia untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.Matlamat PASTI adalah Membentuk keperibadian kearah kefahaman Islam yang syumul,Memberi kesedaran terhadap pentingnya pendidikan secara Islam, Menarik minat terhadap keindahan Islam dan Memberi kefahaman dan pendidikan asas terhadap bahasa dan Al-Quran. PASTI As-Solihin Taman Putera Jaya ini terletak 100 meter dari Pi1M Putera Jaya


4. TASKA PLAYSCHOOL
Alamat Taska :
LRG.4, HSE. NO.2, TAMAN PUTERA JAYA,
88450, KOTA KINABALU

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.