Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain


Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Pekan Putera Jaya merupakan projek kerajaan dan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).  Pi1M Pekan Putera Jaya  mula beroperasi pada 17 Oktober 2013 selepas melepasi User Assesment Test (UAT) oleh pihak SKMM dan Celcom. 

Objektif utama  PI1M ditubuhkan adalah untuk  : 
  1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
  3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosisal masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti di jalankan di Pi1M
  4. Merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Antara Perkhidmatan Yang Disediakan oleh PI1M Putera Jaya ialah Kelas asas ICT PercumaPenggunaan Internet / KomputerPrintFotostatScan dan Laminate

Masa Beroperasi PI1M Pekan Putera Jaya:-
Hari                    : Isnin - Ahad    
Masa                  : 8.00am - 5.00pm 
Masa Rehat     :12.00pm - 1.00pm
Tutup                : Cuti Umum

Pekan Putera Jaya mempunyai 1156  Apartment333 Rumah Teres, dan 86 buah Kedai dengan keluasan 66 ekar. Secara keseluruhannya penduduk yang tinggal di Pekan Putera Jaya adalah sebanyak 4,529 orang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. 

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Pekan Putera Jaya antaranya ialah :
  1. Klinik 1 Malaysia ( bersebelahan dengan Pi1M Pekan Putera Jaya )
  2. Tabika Perpaduan
  3. Tempat Ibadah ( Masjid/ Gereja )
  4. Tempat Riadah ( Padang/Taman Permainan Kanak-Kanak )
  5. Dewan Serbaguna
  6. Kedai/restoran


Hadapi Masalah? Rujuk Panduan