Berita & Aktiviti Terkini

Profil Usahawan - Puan Siti Kasmah

23 June 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Siti Kasmah merupakan usahawan tempatan yang menetap di Kg Kaguraan, Kota Belud, dan mendaftar sebagai ahli Pi1M Kg Rampayan Laut pada tahun 2017. Beliau merupakan surirumah yang mengusahakan sebuah gerai makan Mai’ra Food di Kg Kaguraan. Selain daripada itu beliau juga turut menerima tempahan katering. Sejak mendaftar sebagai ahli Pi1M, beliau sangat aktif mengikuti bengkel-bengkel keusahawanan anjuran Pi1M untuk meraih ilmu perniagaan. Antara bengkel yang pernah beliau ikuti ialah Bengkel Agrobazaar Online, Bengkel Usahawan SMART dan Bengkel Pembuatan Mee Kuning. Selepas menyertai Bengkel Mee Kuning yang diadakan di Pi1M... read more

Kisah Kejayaan (Celik ICT) - Mohd Yamin Migin

28 June 2017 | Kisah Kejayaan

Mohd Yamin Bin Migin merupakan penduduk Kg Rampayan Laut yang telah mendaftar sebagai ahli Pi1M Kg Rampayan Laut pada tahun 2013, antara 50 orang pertama yang mendaftar apabila Pi1M Kg Rampayan Laut mula beroperasi pada November 2013. Aktiviti beliau di Pi1M pada waktu itu ialah menonton video YouTube bersama rakan-rakan beliau. Apabila pihak Pi1M mengadakan kelas ICT iaitu Microsoft Word, beliau juga turut menyertai bersama-sama rakan beliau memandangkan kelas ICT Pi1M adalah percuma kepada ahli-ahli Pi1M. Menyedari yang beliau dan rakan-rakannya yang masih menuntut di sekolah rendah pada waktu itu, agak... read more

Profil Usahawan - Puan Anidah

27 May 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Anidah merupakan ahli Pi1M Kg Rampayan Laut dan juga seorang usahawan tempatan. Beliau berasal dari Kg Pantai Emas Kota Belud. Beliau merupakan ahli yang sangat aktif menyertai aktiviti keusahawanan bersama Pi1M. Antara kelas keusahawanan yang beliau sertai ialah Program U-SMART, Bengkel Ukiran Sayur Tahap 1 dan 2, Bengkel Agrobazaar Online, Bengkel Smart Tourism Portal. Beliau sememang usahawan serba boleh. Beliau menjalankan pelbagai kegiatan usahawan dan memiliki pelbagai kemahiran berkat kesungguhan dan kerajinan beliau. Antara kegiatan perniagaan yang beliau ceburi ialah jahitan pakaian dan kustom kuda, perniagaan menunggang kuda, bekalan... read more

Profil Usahawan - C-Buga Stable

17 June 2017 | Profil Usahawan Tempatan

C-Buga Stable ialah sebuah lokasi yang menunggang kuda yang diusahakan oleh usahawan tempatan. Lokasi C-Buga Stable ialah di tepi pantai Kg Rampayan Laut, terletak kira-kira 93KM dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Perjalanan ke sini dianggarkan mengambil masa 1 jam 50 minit. Aktiviti menunggang kuda akan bermula kira-kira jam 4 petang sehingga jam 6.30 petang. Sekiranya anda berminat untuk menunggang dengan selesa, anda disarankan untuk datang sebelum jam 5 petang. Ini kerana pada waktu selepas jam 5 petang, kebanyakan pelancong sudah tiba berpusu-pusu ke pantai. Sesi menunggang kuda akan mengambil masa... read more

Bengkel Mee Kuning

15 June 2017 | Berita Terkini

Bengkel Pembuatan Mee Kuning buat kali kedua dan kali ini tempatnya ialah Pi1M Tamu Darat. Selaras dengan objektif Pusat Internet 1Malaysia, atau Pi1M, iaitu membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi setempat, Pi1M Clustering Kota Belud meneruskan Bengkel Mee Kuning ini rentetan kejayaan program pertama di Pi1M Rampayan Laut pada bulan mei lepas. Puan Anidah sekali lagi telah dijemput untuk berkongsikan teknik pembuatan mee ini. Program dimulakan dengan Taklimat Klik Dengan Bijak dan tayangan video usahawan. Bengkel bermula pengenalan bahan-bahan, tatacara adunan, pembuatan doh, penggunaan mesin merebus mee dan menggoreng mee. Program diakhiri... read more

Bengkel Ukiran Sayur

14 June 2017 | Berita Terkini

Bengkel Ukiran Sayur Tahap 1 Pi1M Clustering Kota Belud memasuki giliran yang terakhir. Lokasi terakhir jelajah ini ialah Pi1M Suang Punggur. Program ini pastinya telah dinanti-nantikan oleh komuniti di sini apabila kouta pendaftaran telah penuh serta merta sebaik saja ianya dibuka. En.Samsulaini sekali lagi telah dijemput untuk berkongsikan kemahiran beliau dalam teknik ukiran sayur bersama komuniti Suang Punggur. Program dimulakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak dan tayang video usahawan. Sejurus selepas itu, bengkel pun bermula. Bengkel diakhiri dengan sesi penyampaian sijil dan sesi bergambar. ... read more

Pertandingan Kad Hari Raya Aidilfitri

04 June 2017 | Berita Terkini

Pada 04 Jun 2017,  Pi1M Rampayan Laut telah mengadakan pertandingan membuat kad Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar sekitar kg rampayan laut. Dalam Pertandingan ini untuk menghasilkan kad Hari Raya telah menggunakan microsoft word untuk menghasilkan sesuatu rekaan bergambar atas  kad tersebut, dan mengikut kreativiti pelajar. Program ini adalah bertujuan untuk pembelajaran dan kemahiran pelajar menggunakan aplikasi-aplikasi yang telah disediakan dan juga sebagai pengetahuan pelajar dalam penggunaan internet.   ... read more

D.I.Y Sampul Duit Raya

04 June 2017 | Berita Terkini

Pada 04 Jun 2017,  Pi1M Rampayan Laut telah mengadakan program membuat D.I.Y Sampul Duit Raya sempena menyambut bulan syawal yang tidak lama lagi bersama pelajar sekitar Kg Rampayan Laut. Dalam program untuk menghasilkan D.I.Y ini telah menggunakan microsoft word untuk menghasilkan sesuatu rekaan bergambar atas  sampul, dan mengikut kreativiti pelajar. Program ini adalah bertujuan untuk pembelajaran dan kemahiran pelajar menggunakan aplikasi-aplikasi yang telah disediakan dan juga sebagai pengetahuan pelajar dalam penggunaan internet.   ... read more

Profil Usahawan – Borneo Mataid

22 April 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Borneo Mataid ialah salah satu pengusaha pelancongan Kg Nanamun, Kota Belud, Sabah. Borneo Mataid terletak kira-kira 91KM dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, ia mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit pemanduan untuk sampai ke lokasi tersebut. Antara pakej yang ditawarkan di sini ialah aktiviti memancing, aktiviti menyusuri sungai, melihat kelip-kelip, pemandangan matahari terbenam, makan malam dan hidangan kuih tradisional tempatan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menhubungi: En. Taip: +60109481432 Pn. Fatimah: +60109481470 Laman: https://www.facebook.com/Borneomataid Lat, Log: 6.483405, 116.495071 ... read more

Majlis Perasmian Bengkel Majalah Digital Sekolah Kota Belud

23 May 2017 | Berita Terkini

Bengkel Majalah Digital yang berlangsung selama dua hari, yang melibatkan kira-kira 30 buah sekolah terpilih seluruh Kota Belud telah dirasmikan Oleh Pegawai Daerah Kota Belud iaitu Tuan Haji Abdul Gari Itam pada majlis perasmian yang diadakan pada 23 Mei 2017 bertempat di Dewan Perpustakaan Negeri Cawangan Kota Belud. Majlis ini bermula kira-kira jam 10 pagi bacaan doa selamat. Ini kemudiannya diikuti oleh ucapan daripada pihak MCMC. Kemudian ucapan perasmian daripada Pegawai Daerah Kota Belud iaitu Tuan Haji Abdul Gari Itam. Selepas sesi bergambar bersama Pegawai Daerah, majlis turun ke Pi1M... read more

lagi berita & aktiviti