Kem ICT Cuti Sekolah Jun 2017

17 June 2017 | Berita Terkini

Pada 8 dan 9 Jun 2017 yang lalu, Pusat internet 1Malaysia Rimba Mas telah menganjurkan sebuah lagi program iaitu Kem ICT cuti sekolah.  Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengisi masa terluang pelajar sempena cuti sekolah dengan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ICT di samping bersaing untuk memperoleh sebnayak mana ilmu pengetahuan sepanjang kem ICT ini berlangsung.  Perserta dinilai melalui kuiz yang diadakan pada akhir program.

   

Gambar : Sepanjang program


Seramai 15 orang peserta telah menyertai program ini.  Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah :

1. Mengenal PI1M dan MCMC

2. Mengenal Komputer

3. Melukis LOgo PI1M, Komputer dan Logo MCMC

4. Kelas Pakej Microsoft Office (word,excel dan powerpoint)

5. Kuiz ICT


Modul dan aktiviti sebegini diberi untuk mengukur tahap pengetahuan ICT di kalangan pelajar yang hadir.  Dari sudut penilaian, rata-rata peserta yang hadir boleh berkerjasama  untuk menyiapkan tugasan yang diberikan serta belajar setiap module yang diajarkan.  Ini menunjukkan kelas ICT yang diadakan di PI1M berjaya memberi nilai tambah kepada peserta yang hadir.  Diharapkan program ini memberi kesan terhadap tahap pengetahuan ICT pelajar.  Untuk pautan penuh gambar sila layari : https://www.celcom1cbc.com/rimba-mas/galeri/2017/06/kem-ict-cuti-sekolah