Profil Usahawan Tempatan - Julai 2017- Mohd Fuad Bin Abu Hasim

30 July 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : MOHD FUAD BIN ABU HASIM

Umur : 27 Tahun

Status : BUJANG

No Tel & Whatsapp : 0111-4603353

Email : fuadacip@yahoo.com

Facebook : FUAD SANTIAGO

Alamat : No . 9, Jalan Nuri, Felda Rimba Mas, 02100, Padang Besar, Perlis.

                               

Mohd Fuad bin Abu Hasim ataupun lebih mesra dipanggil Fuad ialah salah seorang usahawan di Felda Rimba Mas.  Beliau merupakan generasi ke dua peneroka felda yang menetap di Felda Rimba Mas.  Mewarisi kemahiran usahawan ayah dan ibunya dalam bidang perniagaan, beliau juga merupakan seorang usahawan yang mahir dalam mengintai peluang di sini untuk menjadi seorang usahawan.  

Beliau membuka sebuah kedai runcit untuk memudahkan warga Felda Rimba Mas untuk membeli barangan keperluan seharian seperti beras, gula, kopi, minyak masak dan sebagainya.  Selain itu beliau juga menghasilkan Ais Krim Malaysia untuk dipasarkan di kalangan kanak-kanak.  Produk ini menambahkan lagi kreativiti beliau di samping dapat menjana pendapatan sampingan.

Pihak PI1M selalu berkerjasama dengan beliau dalam mendapatkan barangan keperluan seperti hadiah untuk sebarang program.  Lazimnya PI1M menempah hamper untuk kegunaan sebagai hadiah program di kedainya.  Hal ini memudahkan lagi kerjasama PI1M dengan kedai beliau di samping menjadikan beliau seorang ahli dan usahawan yang berkerjasama dengan PI1M.

Sekian Terima Kasih.