Profil Usahawan - Ogos 2017 - Mahazir Bin Mohamad Isa

29 August 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Mahazir Bin Mohamad Isa
Umur : 42 Tahun
Status : Berkahwin
No Tel & Whatsapp : 012-5819780
Facebook : https://www.facebook.com/matisa.mahazir
Alamat : No . 141, Jalan Garuda, Felda Rimba Mas, 02100, Padang Besar, Perlis.

                              

Mahazir Bin Mohamad Isa ataupun lebih mesra dipanggil Bang Dex ialah salah seorang usahawan di Felda Rimba Mas.  Beliau merupakan generasi ke dua peneroka felda yang menetap di Felda Rimba Mas.  Mewarisi kemahiran usahawan ayah dan ibunya dalam bidang perniagaan dan pertanian, beliau juga merupakan seorang usahawan yang bergiat dalam bidang peruncitan dan pertanian.

Beliau menguruskan sebuah kedai runcit untuk memudahkan warga Felda Rimba Mas untuk membeli barangan keperluan seharian seperti beras, gula, kopi, minyak masak dan sebagainya.  Selain itu beliau juga bergiat dalam bidang penjualan simkad dan pelbagai jenis prabayar telefon.  Hal ini memudahkan warga Felda Rimba Mas untuk menambah nilai prabayar tanpa perlu pergi ke pekan Padang Besar.  Selain itu beliau juga merupakan salah seorang agen simkad prabayar ONEXOX.  Selain itu, beliau juga mewarisi kebun mempelam Harum Manis milik bapaknya yang terlantar sakit.  Kini kebun itu dujaga sepenuhnya oleh beliau di bawah bimbingan Felda.


Pihak PI1M selalu berkerjasama dengan beliau dalam mendapatkan barangan keperluan seperti hadiah, kertad dan pelbagai barangan runcit  untuk sebarang program.  Lazimnya PI1M menempah barangan keperluan serta hadiah program di kedainya.  Hal ini memudahkan lagi kerjasama PI1M dengan kedai beliau di samping menjadikan beliau seorang ahli dan usahawan yang berkerjasama dengan PI1M.


Sekian Terima Kasih.