Program Semarak Merdeka

30 August 2017 | Berita Terkini

                                                      

Pada 29 Ogos 2017, Pi1M Rimba Mas telah menganjurkan Program Semarak Merdeka 2017. Program in dilaksanakan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan warga Felda Rimba Mas.  Tanpa program ini, semangat kemerdekaan akan dilupakan begitu sahaja oleh generasi pada masa kini. Selain dari itu, program ini juga dijalankan bagi mengasah bakat ICT dalam diri peserta dan menarik minat ahli baru untuk berdaftar dengan PI1M.

 

Antara pengisian dalam program ini ialah :

 

1. KDB Talk & Video

2. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

3. Pertandingan Melukis Poster Remaja

4. Teka-Teki Melayu

5. Nyanyian Lagu Patriotik

6. Pengibaran Jalur Gemilang

 

Program ini dilaksanakan selama 3 jam iaitu bermula jam 2.00 P.M hingga 5.00 P.M pada hari tersebut dan telah disertai oleh 45 orang peserta.  Untuk pautan penuh gambar sepanjang program sila layari : https://www.celcom1cbc.com/rimba-mas/galeri/2017/08/program-semarak-merdeka

 

Sekian Terima Kasih