Program ADVOKASI S.K Felda Mata Air

26 October 2016 | Berita Terkini

Pada 19 Oktober 2016,  Pi1M Felda Rimba Mas dengan kerjasama kluster Perlis Utara telah menganjurkan program  ADVOKASI & KDB di Sekolah Kebangsaan Felda Mata Air. Program ini telah mendapat  kerjasama penuh dari pihak sekolah tersebut. Program ini dijalankan bagi merapatkan lagi jurang antara pelajar sekolah dengan PI1M Felda Mata Air di samping memberi kesedaran KDB dan ICT kepada pelajar di sekolah berkenaan.  Selain itu program ini bertujuan untuk mempromosikan kempen Mobile E-Waste yang telah diwar-warkan oleh SKMM.

     

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah, KDB talk, mobile E-Waste, dan aktiviti berkumpulan.  Aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan ialah bertemakan KDB.  Pelajar diberi tugasan untuk menyediakan satu slide power point dibantu oleh seorang fasilitator untuk dibentangkan. 

   

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk faham apa itu KDB di samping meningkatkan kemahiran untuk berucap dan membentangkan sesuatu di tempat awam.  Kemahiran ini sangat penting untuk pelajar menghadapi era pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan menghadapi alam pekerjaan kelak.

      

Program ini juga berlangsung dengan jayanya di samping kerjasama dari pelajar dan guru-guru yang terlibat.  Pihak sekolah amat berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh PI1M dan berharap program dan kerjasama sebegini dapat diterukan pada masa akan datang.

     

Selain itu, program ini telah berjaya  menarik minat pelajar SK. Felda Mata Air untuk mendekatkan diri dengan PI1M.  Mereka bercadang untuk menghadiri kelas ICT dan menjadi ahli pusat internet pada masa akan datang.  Pihak PI1M berharap program sebegini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Untuk pautan penuh gambar sepanjang aktiviti sila layari pautan berikut : https://www.celcom1cbc.com/rimba-mas/galeri/2016/10/program-advokasi-sk-felda-mata-air

Sekian Terima Kasih

Yang Menjalankan Tugas

Mohd Hamizi Bin Othman

Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Felda Rimba Mas