Profil Usahawan Tempatan (Norshahirah binti Ahmad Tajudin)

28 October 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Profil Usahawan Tempatan  (OKTOBER 2016)

Nama : Norshahirah binti Ahmad Tajudin

Umur : 24 Tahun

Jantina : Perempuan

Facebook : https://www.facebook.com/shahirah.tajudin.9?fref=ts

Pekerjaan : Usahawan Gerai Makanan & Tempahan Kuih Tradisional

Alamat : No.23 Blok 1A Felda Rimba Mas

Keahlian PI1M : 109

                                                                          

 

Norshahirah merupakan anak jati kelahiran Felda Rimba Mas. Beliau merupakan salah seorang usahawan sekitar  Felda Rimba Mas. Beliau merupakan usahawan sepenuh masa.  Beliau juga merupakan salah seorang ahli PI1M Felda Rimba Mas.  Beliau menjalankan perniagaan berbentuk gerai makanan.  Beliau membuka gerai dihadapan rumahnya sendiri.  Hal ini tidak menghalang beliau untuk mencari rezeki yang halal sebagai seorang usahawan.  Beliau menjual pelbagai jenis makanan dan minuman di gerai miliknya sendiri.  Antara makanan dan minuman yang dijual ialah, ais blended, pisang goreng, ayam goreng dan cendawan goreng.

        

Beliau juga giat mempromosikan barangan yang dijual di facebook.  Selain dari gerai makanan, beliau juga mempromosikan barangan lain di facebook misalnya sabun dan cecair pencuci.

          

Beliau juga menghasilkan pelbagai jenis kuih tradisional seperti rempeyek, kuih karas dan kuih goyang.  Beliau belajar membuat kuih daripada arwah ibunya sendiri yang sudah lama meninggal dunia.  Seperti yang selalu dikatakan oleh beliau, kuih yang dihasilkan ialah resepi ibunda.  Beliau menjual terus kuih yang dihasilkan di rumahnya dan menerima banyak tempahan apabila tiba musim perayaan atau majlis perkahwinan.  Untuk menempah pelbagai kuih yang dihasilkan bolehlah menghubungi beliau di nombor 017-4330445 atau di facebooknya https://www.facebook.com/shahirah.tajudin.9?fref=ts

 

Sekian Terima Kasih

Yang menjalankan tugas

Mohd Hamizi Bin Othman