PROGRAM ADVOKASI SEKOLAH RENDAH ISLAM II FELDA MATA AIR

18 November 2016 | Berita Terkini

PROGRAM ADVOKASI SEKOLAH RENDAH ISLAM II FELDA MATA AIR

Pada 15 November 2016,  Pi1M Felda Rimba Mas dengan kerjasama kluster Perlis Utara telah menganjurkan  satu lagi program  ADVOKASI & KDB di Sekolah Rendah Islam II Felda Mata Air. Program ini telah mendapat  kerjasama penuh dari pihak sekolah tersebut. Program ini dijalankan bagi memberi ruang dan peluang untuk pihak sekolah dan pi1m untuk bersama-sama menjalankan program yang bermanfaat untuk pelajar sekolah.  Program ini bertujuan  memberi kesedaran KDB dan ICT kepada pelajar di sekolah berkenaan. 

          

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah, KDB talk dan aktiviti berkumpulan.  Aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan ialah bertemakan KDB.  Pelajar diberi tugasan untuk menyediakan satu slide power point dibantu oleh seorang fasilitator untuk dibentangkan.   Tajuk-tajuk yang dipilih ialah berkenaan dengan module yang terkandung dalam program 1 – Citizen.  Tajuk yang dipilih merangkumi skop KDB, pengenalan kepada ICT dan aplikasi serta teknologi yang digunakan pada masa kini.

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk faham apa itu KDB di samping meningkatkan kemahiran untuk berucap dan membentangkan sesuatu di tempat awam.  Kemahiran ini sangat penting untuk pelajar menghadapi era pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan menghadapi alam pekerjaan kelak.

Program ini juga berlangsung dengan jayanya di samping kerjasama dari pelajar dan guru-guru yang terlibat.  Pihak sekolah amat berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh PI1M dan berharap program dan kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Untuk pautan penuh gambar sepanjang aktiviti sila layari pautan berikut : https://www.celcom1cbc.com/rimba-mas/galeri/2016/11/advokasi--sekolah-rendah-islam-felda-mata-air

 

Sekian Terima Kasih

Yang Menjalankan Tugas

Mohd Hamizi Bin Othman

Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Felda Rimba Mas