Kisah Kejayaan - Muhammad Hafizam Bin Had - Celik ICT Q4 2016

18 November 2016 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan – Muhammad Hafizam Bin Had - Celik ICT Q4 2016
Nama : Muhammad Hafizam Bin Had
Alamat : NO 122, Block 2B, Felda Rimba Mas
Umur : 13 Tahun
Kejayaan : Pelajar Cemerlang &  Jaguh Puzzle Online
Keahlian PI1M 402 (2011)
 
Muhammad Hafizam atau nama panggilan Hafizam merupakan seorang pelajar pintar yang bersekolah di S.M.K Padang Besar Utara.  Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik.  Selain pelajar pintar, beliau juga merupakan seorang yang sangat cergas dari segi IQ.  Ini terbukti apabila setiap kali pertandingan Puzzle Online ataupun sebarang jenis aktiviti yang memerlukan kreativiti beliau berjaya memperoleh tempat pertama dan merupakan antara peserta yang paling pantas.
                                                                
Pada awalnya, Hafizam datang ke PI1M tanpa sebarang pengetahuan mengenai penggunaan ICT.  Beliau sama sekali tidak mahir untuk menggunakan peralatan komputer.  Pihak pengurusan PI1M mengambil peluang tersebut untuk menjadikan beliau sebagai ahli PI1M.  Oleh kerana pihak PI1M menawarkan kelas ICT percuma, Hafizam tidak terkecuali daripada menyertai kelas ICT di PI1M. Antara Kelas ICT dan program yang dihadiri beliau ialah seperti berikut : 

                               

Berkat kerajinan beliau untuk menghadiri kelas ICT kini beliau mampu untuk menggunakan apa yang dipelajari kearah kebaikan.  Beliau mula menggunakan akaun facebook untuk berhubng dengan rakan-rakan di samping menggunakan teknologi yang ada untuk pembelajaran.  Untuk perancangan masa hadapan, pihak PI1M bercadang untuk menjalankan kelas ICT berterusan kepada beliau dalam bentuk E-Learning kerana beliau akan menduduki Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) pada tahun hadapan.  Diharapkan tiada jurang untuk beliau berjaya pada masa akan datang walaupun beliau tinggal di kawasan luar bandar.

Sekian Terima Kasih
 

Yang Menjalankan Tugas

Mohd Hamizi Bin Othman

Pengurus Pusat internet 1Malaysia Felda Rimba Mas