Kisah Kejayaan (Usahawan)  – Mohamad Rizal – Khazanah Rimba - Q4 2016

18 November 2016 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan (Usahawan)  – Mohamad Rizal – Khazanah Rimba - Q4 2016
Nama : Mohamad Rizal Bin Othman
Umur : 38 Tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Usahawan Madu Lebah
Alamat : No. 34, Kampung Padang Mawa, Padang Besar
Facebook : https://www.facebook.com/Khazanah-rimba-183606058759783/
Whatsapp : +6-01114416895
Keahlian PI1M : 786 (2016)
                                               
Encik Mohamad Rizal atau lebih mesra dipanggil Rizal @ Senyum merupakan salah seorang usahawan yang berasal dari Felda Rimba Mas.  Beliau juga merupakan seorang ahli yang berdaftar di PI1M Rimba Mas.  Beliau merupakan usahawan yang menjual madu lebah asli yang diambil sendiri mahupun diambil daripada pemborong di sekitar kawasan hutan atau kampong di Negeri Perlis dan Kedah.  Madu lebah yang dijual oleh Encik Rizal merupakan salah satu produk 100% tulen yang diambil dari hutan rimba.  Untuk mengekalkan khazanah rimba ini, beliau hanya mengambil madu lebah dan meninggalkan sarang untuk proses lebah membiak dan mencari madu semula tanpa merosakkan sarang tersebut.

Teknik Mengambil Madu Lebah        

Gambar : Proses Mengambil Madu dan Hasilnya
 
Pada awalnya, hasil madu lebah yang dikeluarkan oleh En. Rizal dipasarkan di sekitar Negeri Perlis sahaja.  Seperti usahawan lain juga, beliau merupakan seorang usahawan yang mencuba kepelbagain dalam memasarkan produk yang dihasilkan.  Beliau juga menggunakan platform teknologi tanpa sempadan (internet) sebagai medium pemasaran.  Oleh kerana tidak begitu mahir dalam bidang ICT, beliau memanfaatkan Pusat Internet 1Malaysia Felda Rimba Mas sebagai platform untuk beliau belajar cara-cara pemasaran online dan hal lain yang berkaitan dengan perniagaanya.  Beliau kerap menghadiri kelas dan krusus yang ditawarkan di PI1M Felda Rimba Mas.

     

Gambar : Aktiviti di PI1M dan Hasilnya.
 
Kini melalui pemasaran online, facebook page dan facebook ads yang digunakan, beliau berjaya memasarkan produk madu lebahnya ke negeri lain di Malaysia.  Ini menjadikan produk Khazanah Rimba ini lebih terkenal di kalangan penggemar madu lebah asli.  Selain meniaga di Perlis, En. Rizal juga akan berkunjung ke negeri lain seperti Perak dan Terengganu untuk meluaskan lagi pasaran produknya.  Hasil pasaran yang semakin meluas membuatkan beliau lebih banyak mendapat keutungan.  Kini pendapatan beliau mencecah hampir 6000 – 8000 Ringgit Malaysia sebulan hasil pasaran yang meluas.
 

    

Gambar : Promosi dan Pemasaran Online

Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang keras dan kerajinan.  Itulah kata-kata yang sering diungkapkan oleh beliau.  Pihak PI1M berharap, ramai belia masa kini mencontohi sikap beliau untuk berjaya.

Sekian Terima Kasih
Yang Menjalankan Tugas
Mohd Hamizi Bin Othman
Pengurus PI1M Felda RImba Mas