Kisah Kejayaan (Usahawan) – Mohd Ridzuan – Usahawan Online - Q4 2016

19 November 2016 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan (Usahawan)  – Mohd Ridzuan – Usahawan Online - Q4 2016

Nama : Mohd Ridzuan Bin Ghazali

Umur : 22 Tahun

Jantina : Lelaki

Pekerjaan : Usahawan Online

Alamat : No 152, Block 2c, Padang Besar, Perlis

Facebook : https://www.facebook.com/mohd.azwan.3517?fref=ts

Whatsapp : +6-0195642120

Keahlian PI1M : 181 (2010)

                                               

Mohd Ridzuan merupakan anak jati kelahiran Felda Rimba Mas.  Seperti belia yang lain, beliau mempunyai wawasan tersendiri dalam hidupnya.  Walaupun tidak ke Menara gading seperti insan lain, beliau dilahirkan dalam kalangan keluarga yang meminati bidang perniagaan.  Era tanpa sempadan pada masa kini membuatkan beliau terpanggil untuk mencuba perniagaan online yang banyak diceburi oleh belia pada masa kini akibat kesempitan dan kos sara hidup yang agak tinggi pada masa kini.  Allah SWT menyuruh supaya manusia menceburi bidang perniagaan. Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an-Nisa', ayat 29 maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu".  Jesteru sebagi insan yang tidak mensia-siakan kehidupan, Ridzuan atau lebih mesra dengan paggilan Dek Wan cenderung untuk menceburi bidang perniagaan.

      

GAMBAR : FACEBOOK MOHD AZWAN

Dek Wan menjalankan perniagaan online dengan menjual beberapa jenis barangan seperti Sim Kad dan barangan kecantikan seperti sabun, bedak dan sebagainya. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan barangan terpakai yang diperoleh di kawasan sekitar seperti handphone, alat permainan video, dan barangan elektronik terpakai.  Walaupun perniagaan online dilihat seperti susuatu yang mudah, Dek Wan mengakui bahawa perniagaan online merupakan sesuatu yang sukar terutamanya untuk mendapatkan pelanggan.

                         

GAMBAR : CONTOH PROMOSI DI MEDIA SOSIAL 

Alhamdulilah, kini beliau mampu untuk meneruskan perniagaan online walaupun menghadapi pelbagai cabaran.  Kewujudan pusat internet membantu beliau dalam penggunaan KTW untuk menggunakan aplikasi atas talian seperti whatsapp, facebook dan wechat.  Beliau juga kerapkali berkunjung ke PI1M Rimba Mas untuk mendapatkan khidmat nasihat atau menyelesaikan permasalahan seperti handphone rosak dan sebagainya.  Selain itu kelas keusahwanan percuma yang ditawarkan oleh PI1M juga membantu beliau untuk belajar dan mengintai runag dan peluang untuk dirinya dalam bidang perniagaan.  PI1M menawarkan perkhidmatan latihan kepada beliau selain perkhidmatan meminjam netbook untuk memudahkan beliau dalam perniagaan.  Beliau juga antara ahli PI1M yang selalu datang ke kelas-kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak PI1M.

                                                           

                                                        GAMBAR : CONTOH  KELAS & PROGRAM YANG DIHADIRI

Beliau selalu memegang kata-kata Albert Einstein (satu-satunya sumber pengetahuan adalah pengalaman).  Bagi beliau untuk berjaya tiada jalan yang singkat.  Segalanya memerlukan usaha yang gigih dan berterusan.

 

Sekian Terima Kasih

Yang Menjalankan Tugas

Mohd Hamizi Bin Othman

Pengurus PI1M Felda RImba Mas