BENGKEL PEMANTAPAN ICT

29 November 2016 | Berita Terkini

BENGKEL PEMANTAPAN ICT
 

 
29 November 2016, sempena minggu pertama cuti sekolah 2016,  Pusat Internet 1Malaysia Felda Rimba Mas telah menjayakan program Bengkel Pemantapan ICT yang melibatkan remaja dan kanak-kanak di sekitar Felda Rimba Mas.  Program ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar untuk menyertai aktiviti yang berfaedah di PI1M.  Tema utama program ini ialah pemantapan penggunaan ICT terutamanya Microsoft Office di kalangan pelajar.  Peserta yang hadir ke program ini majoritinya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menegah yang tidak begitu mahir dalam penggunaan Microsoft Office.  Antara Microsoft Office yang diajarkan ialah :
       
1.    Microsoft Office Word
2.    Microsoft Office Excel
3.    Microsoft Office Power Point

   
Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pihak PI1M juga tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan beberapa aktiviti yang menarik untuk menguji dan memberi penghargaan kepada peserta.  Dalam program ini PI1M melaksanakan beberapa aktiviti lain berupa permainan dan ICT. Antara aktiviti lain yang dilaksanakan ialah :
1.    Pertandingan Menaip Pantas menggunakan format yang diberi (KDB)
2.    Pertandingan Puzzle Online
3.    Pertandingan Telur Emas

  
Dengan penambahan aktiviti yang dilaksanakan di atas, peserta dilihat begitu ceria dan seronok kerana berpeluangbermain permainan di atas.  Permainan di atas dilaksanakan bagi menguji tahap keberkesanan program serta menguji tahap kreativiti dan fizikal para peserta.  Kemenagan peserta dikira melalui markah terkumpul yang diperolehi.

   

Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan telah berakhir pada jam 1.00 petang.  Pada penamat kami telah mengadakan sesi bergambar dan penyampaian hadiah untuk penghargaan kepada peserta. Untuk pautan penuh gambar sila layari : https://www.celcom1cbc.com/rimba-mas/galeri/2016/11/bengkel-pemantapan-ict.

Disediakan oleh,

Mohd Hamizi Bin Othman

Penolong Pengurus, 

Pusat Internet 1 Malaysia, Felda Rimba Mas