Pertandingan Mencipta Origami

22 December 2016 | Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Origami

                                                    

19 Disember 2016, sempena cuti sekolah 2016,  Pusat Internet 1Malaysia Felda Rimba Mas sekali lagi dengan jayanya telah melaksanakan satu lagi program iaitu Pertandingan Merekacipta Origami menggunakan kertas.  Pelajar di luar bandar lebih cenderung untuk bermain-main untuk mengisi masa cuti mereka.  Memandangkan masa lapang yang banyak tidak terisi dan dihabiskan oleh pelajar untuk aktiviti yang bermanfaat,  pihak PI1M telah menarik seberapa banyak peserta untuk menyertai pertandingan ini.  Alhamdulilah sambutan yang baik oleh mereka membolehkan  program ini dijalankan dengan jayanya.  Peserta yang hadir ke program ini majoritinya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menegah.  Selain dapat menyertai pertandingan, tahap kreativiti pelajar juga dapat diuji melalui pertandingan ini.

    

Program dimulai dengan sesi pembelajaran dan pengajaran.  Peserta diajar mengenai kegunaan Google dan Youtube sebagai tempat untuk mencari sebarang maklumat pada masa kini.  Seperti yang diketahui umum, pelbagai tips, tutorial dan pelbagai video yang berguna dapat diperoleh melalui Youtube.  Jesteru itu, pertandingan ini membenarkan pelajar untuk melihat tutorial mencipta origami melalui bentuk dan video yang disukai mereka.

Perserta diberikan masa selama satu setengah jam untuk menghasilkan seberapa banyak origami yang boleh dihasilkan.  Setiap peserta bertungkus lumus menyiapkan origami kesukaan mereka.  Setelah siap, meraka hanya boleh mempertandingkan salah satu origami yang dihasilkn dan diadili oleh juri yang hadir terdiri daripada pengurusan PI1M sendiri.

      

Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan telah berakhir pada jam 1.00 petang.  Pada penamat kami telah mengadakan sesi bergambar dan penyampaian hadiah untuk penghargaan kepada peserta yang menang.  Program ini berjalan dengan lancar dan memberi impak yang menarik terhadap pelajar. Untuk pautan penuh gambar sila layari : https://www.celcom1cbc.com/rimba-mas/galeri/2016/12/pertandingan-mencipta-origami

 

Disediakan oleh,

Mohd Hamizi Bin Othman

Penolong Pengurus,

Pusat Internet 1 Malaysia, Felda Rimba Mas