Kem Ict Siri II 2016

22 December 2016 | Berita Terkini

Kem Ict Siri II 2016

20 Disember 2016, sempena cuti sekolah 2016,  Pusat Internet 1Malaysia Felda Rimba Mas telah menjayakan program Kem ICT Siri II yang melibatkan remaja dan kanak-kanak di sekitar Felda Rimba Mas.  Program ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar untuk menyertai aktiviti yang berfaedah di PI1M.  Tema utama program ini ialah pemantapan penggunaan ICT kearah keusahawanan dan pemasaran terutamanya Microsoft Office Publisher di kalangan pelajar.  Peserta yang hadir ke program ini majoritinya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menegah. 

   

Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pihak PI1M juga tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan beberapa aktiviti yang menarik untuk menguji dan memberi penghargaan kepada peserta.  Dalam program ini PI1M melaksanakan aktiviti pertandingan mencipta banner dan kad perniagaan menggunakan Microsoft Office Publisher.

                                                    

Dengan penambahan aktiviti yang dilaksanakan di atas, PI1M dapat mengukur sejauhmanakah keberkesanan program yang dilaksanakan.  Alhamdulilah, semua peserta dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dan dipertandingkan untuk mendapat penghargaan.  Pertandingan ini dilaksanakan bagi menguji tahap keberkesanan program serta menguji tahap kreativiti dan fizikal para peserta. 

    

Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan telah berakhir pada jam 1.00 petang.  Pada penamat kami telah mengadakan sesi bergambar dan penyampaian hadiah untuk penghargaan kepada peserta. Untuk pautan penuh gambar sila layari :https://www.celcom1cbc.com/rimba-mas/galeri/2016/12/kem-ict-cuti-sekolah-ii

 

Disediakan oleh,

Mohd Hamizi Bin Othman

Penolong Pengurus,

Pusat Internet 1 Malaysia, Felda Rimba Mas