Profil Usahawan Tempatan - En. Afzan @ Rizal  (DISEMBER 2016)

24 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Profil Usahawan Tempatan  (DISEMBER 2016)

Nama : Mohd Afzan Bin Daud

Umur : 53 Tahun

Jantina : Lelaki

Pekerjaan : Usahawan Ayam Percik, Nasi Ayam, Bihun & Bubur Sup Siam dan Satey

Alamat : No.394, Lorong Seroja, Kampung Kolam, Perlis

                                                                                                                                 

En. Mohd Afzan atau lebih mesra dipanggil Rizal merupakan salah sorang usahawan di sekitar Padang Besar.  Beliau merupakan pengusaha makanan di Pasar Malam.  Beliau memulakan perniagaan semasa berusia 25 tahun bersama isterinya Puan Saudah Binti Hasan. Antara menu yang dijual oleh beliau ialah Ayam Percik, Ayam Madu, Satey Ayam, Nasi Ayam, Bihun & Koteow Sup Thailand dan Bubur sup (Moi Sup).  Beliau menjalankan perniagaan dibantu oleh anak-anak dan isterinya.  Makanan yang dijual oleh beliau amat popular di kawasan sekitar kerana beliau merupakan satu-satunya penjual barangan makanan seperti yang tersenarai di sekitar kawan Padang Besar.

                                                                                                

Selain menjual makanan di Pasar Malam, Encik Afzan juga menerima tempahan untuk makanan yang dijualnya.  Lazimnya pelanggan akan menempah satey dan nasi ayam untuk dijadikan menu hidangan bagi majlis tertentu. Makanan yang dihasilkan dimasak dan diproses dengan begitu teliti.  Tidak hairanlah ramai yang memuji masakan beliau disamping menerima pelanggan tetap untuk tempahan dan sebagainya. Untuk menempah makanan  yang diusahakan oleh En. Afzan, bolehlah menghubungi beliau di nombor 012-5345935.

        

Sekian Terima Kasih

Yang menjalankan tugas

Mohd Hamizi Bin Othman