Mengenai Pusat Internet


Maklumat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Rimba Mas

 

PEDi adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technologies Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan PEDi ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, PEDi juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan latihan ICT dan keusahawanan kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:


ü  Upah Menaip

ü  Kelas Computer / ICT PERCUMA Untuk Ahli  (Terbuka untuk semua peringkat usia)

ü  Perkhidmatan penggunaan komputer dan capaian internet 

ü  Printing, Photostat, Scanning & Laminating   

ü  Kemudahan Wifi secara percuma

ü  Latihan Advokasi  

ü Latihan Keusahawanan



Maklumat Komuniti Felda Rimba Mas

 

Penamaan asal daripada Hutan Simpanan Emas-Emas yang terletak berhampiran sempadan Negeri Perlis dengan Negara Thailand. Dipercayai menjadi tempat persinggahan rombongan Raja-Raja Melayu dalam perjalanan membayar duti emas kepada pemerintah Kerajaan Siam ketika itu.

Kerajaan negeri pada awal 1980-an telah menyerahkan tanah seluas 648.59 hektar kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai alternatif untuk membasmi kegiatan penyeludupan dan ancaman komunis.

Rancangan pembangunan ini kemudiannya ditukar nama kepada FELDA Rimba Mas dan dibangunkan pada tahun 1981/1982 dengan tanaman getah sebagai sumber pendapatan utama komuniti. Pada 15 April 1984, terdapat seramai 161 keluarga peneroka. Sehingga kini (2020) seramai 56 orang peneroka asal telah kembali kerahmatullah. Bancian pada tahun 2018 mencatatkan seramai 1190 warga Felda Rimba Mas.

Komuniti Felda Rimba Mas juga menjalankan aktiviti ekonomi lain selain menoreh getah, antaranya perniagaan bantal kekabu, kopi pra-campuran dan madu lebah. Selain itu, peneroka Felda juga menjalankan kegiatan penanaman harum manis di ladang-ladang yang diperuntukkan khas oleh pihak pengurusan Felda untuk golongan belia dan peneroka. 

 

1. Maklumat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia & Komuniti Felda Rimba Mas

 

Lokasi

Felda Rimba Mas

UST Area

 Titi Tinggi

Daerah

Padang Besar

Negeri

Perlis

Populasi

161 Keluarga (1200 orang)

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Lembu & Kambing), Tanaman Mempelam Harum Manis.

Jumlah Keahlian

(setakat 31 Oktober 2022)

996 ahli berdaftar

Lat/Long PI

6.643070, 100.297160

Teknologi

Hub & Spoke Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

3 Mei 2010

Maklumat Pengurusan PEDi

 

Pengurus

Nama: Siti Alwani binti Mohd Fazin

Email: alwani@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-5031662


Penolong Pengurus

Name: Mohd Jamal Rulnazzanie bin Husin

Email: mohdjamal@celcom1cbc.com

No Telefon: 019-5201261

Website

http://www.celcom1cbc.com/rimba-mas

Wifi Komuniti (WK)

- Kawasan perkarangan PEDi

 

2. Tempat-tempat Menarik

A) Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua.

Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.


B) Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan. Begitupun, tarikan pengunjung kesiniImage tentulah kepada kedai-kedai yang menjual barangan tiruan yang berjenama terkenal. Waktu urusan bagi urusan keluar masuk sempadan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam bagi pintu Padang Besar.

Projek mengindahkan Padang Besar sedang rancak dijalankan dan disekitar kompleks membeli-belahnya sudah nampak perubahan yang dilakukan. Dua gambar di atas adalah antara contoh projek mencantikkan Padang Besar.Kompleks Arked Niaga di Padang Besar ini merupakan tumpuan utama bagi pengunjung untuk membeli-belah. Tapi sekarang dah banyak kedai dan gerai yang dibina di sekitar kompleks ini untuk membeli-belah.

Padang Besar terletak 37 km dari bandar Kangar, Perlis dan bersempadan dengan Thailand. Ia merupakan salah satu pintu masuk dan keluar utama penduduk negara ini ke negara jiran. Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari  negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan.


C) Taman Ular dan Reptilia ialah sebuah tempat pelancongan yang terletak di Kangar, negeri Perlis, Malaysia. Terdapat lebih 150 ekor ular daripada 34 spesies di taman ini, dengan 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies luar negara, seperti ular Sawa,ular Tedung Selar dan ular Kapak.Terdapat juga haiwan lain seperi biawak air, iguana dan buaya tembaga.

Taman ini ialah taman ular yang terbesar di Asia Tenggara.Bersebelahan dengan Taman Ular dan Reptilia ini terletak Taman Herba.Taman ini bermula sebagai sebuah pusat penyelidikan yang dibangunkan Kementerian Kesihatan pada 1978 bagi menghasilkan penawar bisa ular. Ia kemudian diambilalih oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis dan dikomersialkan sebagai tarikan pelancongan.


D) Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis, Malaysia. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung.

Muzium Kota Kayang di Kuala Perlis merupakan satu kompleks sejarah yang popular di Perlis. Muzium Kota Kayang menawarkan pelbagai maklumat mengenai sejarah Perlis.

Terdapat pameran tinggalan akhaeologi dan sejarah dari kapak batu Neolithik, senjata, barangan tembaga, siling, replika dokument, dan carta keturunan diRaja. Pelancong juga dapat melawat laman muzium di mana terdapat tapak Kota Indera kayangan, istana, dan dewan istiadat silam. Muzium Kota Kayang terletak di kaki bukit batu kapur yang bertindak sebagai halangan dari serangan musuh, sementara terdapat terusan yang pernah menjadi laluan bot antara Kota Kayang, Kuala Perlis, dan Alor Setar.

Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.


E) Kuala Perlis  merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia juga terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi melalui jalan laut. Di Kuala Perlis juga, perancangan dibuat bagi mewujudkan pusat membeli-belah bebas cukai barangan dari tiga negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura di Bukit Putih yang bakal menjadi pintu masuk utama ke Malaysia. Mercu tanda bagi Kuala Perlis ialah Masjid Terapung Kuala Perlis.

Kuala Perlis terkenal dengan makanan laut iaitu Laksa Kuala Perlis dan makanan laut yang segar dan sedap. Masa yang diambil bagi feri dari Terminal Feri Kuala Perlis untuk ke Pulau Langkawi ialah 50 minit dan perairan Kuala Perlis boleh digunakan untuk ke Satun, Thailand. Bukit Kubu di sini juga sangat terkenal dengan gua serta kawasan sekitarnya merupakan tapak peperangan lama antara kerajaan Kedah Tua dan Siam yang menyaksikan banyak nyawa terkorban.


F) Ladang Mempelam Harumanis merupakan salah satu produk pelancongan utama di negeri Perlis. Ianya terletak di kawasan Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat. Ladang mempelam ini amat unik sekali kerana tidak terdapat di negeri-negeri lain . Selain itu rasa dan aroma buahnya yang tersendiri telah menarik pelawat untuk berkunjung ke ladang ini. Ianya hanya boleh dinikmati setahun sekali sekitar bulan Mac & Jun.



3. Pusat Pendidikan

 

Pusat pendidikan yang terdapat di sekitar PEDi termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar (U), Sekolah Kebangsaan Felda Rimba Mas, Tadika Kemas Felda Rimba Mas dan Universiti Malaysia Perlis (UniMap) sebagai institut pengajian tinggi awam, bersesuaian dengan motto negeri Perlis "Perlis Negeri Ilmu".

 

 

4. Kemudahan Awam

 

Antara kemudahan awam yang tersedia di sekitar kawasan Felda Rimba Mas termasuklah :

 

(i) Balai Polis Padang Besar

(ii) Balai Bomba Padang Besar

(iii) Klinik Kesihatan Padang Besar

(iv) Perpustakaan Awam Padang Besar

(v) Dewan Orang Ramai Felda Rimba Mas