Ekonomi dan Keusahawanan

Pekerjaan utama penduduk Felda Rimba Mas:




  • Seramai 161 orang peneroka asal. (ekonomi utama sebagai penoreh getah)
  • Golongan Belia felda pula bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta.
  • Golongan Penerokawati menjalankan kerja dari rumah seperti membuat kuih-muih, menjual makanan dan membuka perniagaan secara kecil-kecilan
  • Selain itu, terdapat beberapa peneroka yang mengusahakan tanaman kontan seperti projek pokok pisang, tanaman mempelam harum manis, sayur-sayuran, rebung madu dan pelbagai lagi.
  • Malah terdapat juga peneroka yang menternak lembu, kambing, itik dan ikan sebagai pendapatan sampingan.


KEUSAHAWANAN

Selain perkerjaan dalam sektor di atas, terdapat juga kegiatan keusahawanan yang dijalankan oleh penduduk sekitar dan juga ahli Pusat Internet 1Malaysia Felda Rimba Mas.  Antaranya ialah 

  1. Kegiatan Penanaman Harum Manis
  2. Usahawan Vermikompos
  3. Usahawan madu lebah
  4. Usahawan kraftangan & perabot kayu


Pekebun Mempelam Harum Manis





Terdapat golongan peneroka telah menceburkan diri dalam bidang penanam harum manis.  Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.

Musim Harumanis adalah sekitar hujung bulan April / awal Mei hingga awal Jun. Biasanya hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun. Ramai individu, penjual dan pengusaha restoran mengambil kesempatan ketika musim Harumanis untuk menikmati keenakan serta hasil jualannya.  Hasil jualan dijual terus di gerai-gerai malahan kepada pemborong.  Untuk Meningkatkan hasil jualan, pusat internet 1Malaysia telah menjalankan program-program pemasaran untuk usahawan harum manis yang berdaftar.


Usahawan Vermikompos




Diusahakan Oleh 

Encik Hashim Bin Morad
(Didilaba Enterprise)




Baja Kompos merupakan sejenis baja yang dihasilkan daripada tinja cacing. Baja yang dihasilkan bebas daripada sebarang bahan kimia,racun perosak serta bahan - bahan yang akan memudaratkan tanaman.  Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman seperti bunga bungaan, buah buahan dan sebagainya. Selain itu, ia juga mampu menyubur dan melembapkan tanah supaya menjadi lebih subur.


Usahawan Madu Lebah



Diusahakan Oleh:

Rizal&Abu Enterprise

https://www.facebook.com/madulebah.belantara



Perusahaan madu lebah ini telah dijalankan semenjak tahun 2012 oleh En. Abu Bakar dan En. Rizal.  Madu yang dijual dipasarkan di sekitar pasar malam dan pasar pagi setiap hari pada awalnya.  Madu lebah yang diusahakan tidak diternak sebaliknya mereka mendapatkan bekalan madu lebah melalui pencari madu lebah di sekitar Perlis dan Kedah.  Oleh kerana keaslian madu lebah yang dijual telah terbukti,  mereka telah memasarkan produk ini hingga ke Kuala Lumpur.  Selain dipasarkan dan dijual kepada pemborong, mereka juga menjual madu lebah melalui pemasaran online seperti facebook, mudah.my dan lelong.com. 


Perusahaan Perabot Kayu

Diusahakan Oleh:

En. Zahrim bin Ahmad




Perusahaan perabot kayu ini diusahakan oleh En. Zahrim bin Ahmad.  Beliau meeghasilkan perabot menggunakan kayu-kayu terpakai.  Antara perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja, almari dan sebagainya.  Beliau juga menerima tempahan dari penduduk sekitar dan pelancong yang berminat.  Beliau juga memasarkan perabot yang dihasilkan melalui facebook.  Kedai kayu beliau beroperasi 6 hari seminggu dan bersedia menerima tempahan bila-bila masa sahaja. Lokasi kedai En Zahrim terletak bersebelahan dengan Pusat Internet 1Malaysia Felda Rimba Mas.






© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.