Komuniti

KOMUNITI FELDA RIMBA MAS
i) BELIA & BELIAWANIS
Belia merujuk kepada golongan
pemuda yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun. Persatuan yang mengelola segala aktiviti
belia dan beliawanis dalam komuniti FELDA Rimba Mas ialah Majlis Belia FELDA Rimba
Mas yang diketuai oleh En. Kasmirul Azli Bin Mat Kasa.
Belia dan beliawati merupakan pemangkin dan pelapis kepada komuniti FELDA Rimba Mas pada masa akan datang. Jesteru pihak pusat internet 1Malaysia FELDA Rimba Mas sentiasa menjalinkan kerjasama dengan pihak Majlis Belia FELDA Rimba Mas dalam melaksanakan sebarang aktiviti dan program.
Golongan belia dan beliawati
aktif dalam aktiviti sukan. Antara
aktiviti harian belia FELDA Rimba Mas antaranya ialah sepak takraw, petanque,
senamrobik, pingpong serta bola sepak dan futsal. Masyarakat FELDA Rimba Mas
berbangga kerana mempunyai belia-belia yang mahu turun padang untuk menyertai
pelbagai aktiviti yang diadakan oleh pihak FELDA.
ii) GERAKAN PERSATUAN WANITA(GPW) FELDA RIMBA MAS
GPW merujuk kepada pakatan atau
komuniti yang ditubuhkan khas untuk golongan penerokawati di setiap felda yang
ditubuhkan. FELDA Rimba Mas juga
mempunyai pakatan komuniti ini. Sesiapa
juga yang mengenal FELDA dari dekat akan mengakui satu hakikat bahawa agensi
itu tidak pernah mengabaikan hak dan kepentingan kaum wanita. Malah peranan
kaum itu sentiasa diperhebat dari semasa semasa. Pelbagai langkah dan inisiatif, diambil serta
terus dirancang bagi meningkatkan pembabitan mereka. Penubuhan Gerakan
Persatuan Wanita (GPW) yang sehingga kini terus memainkan peranan proaktif di
rancangan-rancangan FELDA adalah sebahagian daripada buktinya.
Atara aktiviti utama GPW ialah menganjurkan kelas masakan, kelas asas persolekan, kelas jahitan dan sebagainya. GPW merupakan sebuah persatuan yang memberi impak yang besar dalam pembangunan komuniti wanita FELDA Rimba Mas. Ia bukan sahaja wajar dijadikan platform untuk wanita menabur bakti terhadap masyarakat setempat , tetapi juga secara tidak langsung akan dapat menzahirkan pemikiran dan kemahiran mereka dalam membangunkan keluarga yang lebih berkualiti sertaseterusnya membantu mewujudkan kelompok masyarakat yang lebih berintegriti.
iii) JKKR FELDA RIMBA MAS
Peneroka FELDA Rimba Mas sentiasa
melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukanan yang dianjurkan
oleh Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Rancangan (JKKR). Aktiviti sukan
yang diadakan seperti pertandingan bola sepak dan badminton dapat mengeratkan
hubungan antara peneroka. Selalunya,
dewan JKKR FELDA Rimba Mas menjadi tempat warga peneroka berkumpul untuk
bermesyuarat dan merancang aktiviti dan program tahunan.
Ahli jawatankuasa JKKR FELDA Rimba
Mas juga sentiasa menjemput pihak Pi1M untuk menyertai aktiviti, majlis atau
sukaneka yang mereka anjurkan. Contohnya seperti Hari Keluarga, Majlis Bacaan
Yasin, mesyuarat JKKR, dan sukaneka FELDA. Aktiviti sukan dan kemasyarakatan merupakan
acara tahunan yang diadakan saban tahun dengan harapan peneroka dan JKKR dapat
bersatu-padu dalam memupuk sifat kejiranan dan bersatu padu di kalangan komuniti.