Maklumat Tempatan


Felda Rimba Mas


               

          


              Menurut sejarah, nama Rimba Mas diambil daripada nama Hutan Simpanan Emas-Emas yang terletak berhampiran sempadan Negeri Perlis dengan Negara Thailand. Huatan Simpan emas-emas dipercayai menjadi tempat persinggahan rombongan Raja-Raja Melayu dalam perjalanan membayar “Ufti Emas” kepada pemerintah Kerajaan Siam ketika itu.


           Kerajaan negeri pada awal 1980-an telah menyerahkan tanah seluas 648.59 hektar kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai alternatif untuk membasmi kegiatan penyeludupan dan ancaman komunis.   Rancangan pembangunan ini kemudiannya ditukar nama kepada FELDA Rimba Mas dan dibangunkan pada tahun 1981/1982 dengan tanaman getah sebagai komuniti utamanya. Pada 15 April 1984, terdapat seramai 161 keluarga peneroka. Sehingga kini (2015) seramai 31 orang peneroka asal telah kembali kerahmatullah. Bancian pada Mac 2012 mencatatkan seramai 1107 warga Felda Rimba Mas.

         

          Terdapat 7 block utama dalam Felda Rimba Mas yang menempatkan 161 buah rumah peneroka.  Selain rumah peneroka, terdapat bangunan lain seperti rumah kakitangan pengurusan felda, pejabat Felda Rimba Mas, tabika, sekolah, padang petanque, kedai runcit, kedai makanan serta kebun-kebun buah para peneroka.


          Felda Rimba Mas terletak di kawasan Parlimen Padang Besar N1 yang diketuai oleh Datuk Zahidi Bin Zainol Abidin dan berada di bawah seliaan adun kawasan Titi Tinggi En. Khaw Hock Kong.  Pengurus Felda sekarang ialah En. Mohd Nordin Bin Abd Rahman (2012-kini) manakala Ketua Peneroka Felda Rimba Mas ialah En. Saidan Bin Mat (2009 - kini).


                                 

          

  Ahli Parlimen Padang Besar

  Datuk Zahidi Bin Zainol Abidin




       

     

 Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi

  Encik Khaw Hock Kong




Untuk berhubung dengan pengurusan Felda Rimba Mas anda bolehlah menghubungi alamat, nombor fax dan nombor telefon yang berikut :

  • Alamat :               Pengurus Felda Rimba Mas
                                  02100 Padang Besar, Perlis.

  • No. Fax:           04-9493418
  • No. Telefon:    04-9490387

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.