Pelancongan & Rekreasi


TEMPAT PENGINAPAN DAN PERCUTIAN


Teratai Putih Resort


 

Teratai Putih Resort terletak di No. 2, Lorong Teratai, Kampung Kolam, 02100 Padang Besar, Perlis. Nombor untuk dihubungi 04-949 3549.

 

Lokasi resort ini berdekatan dengan Stesen Keretapi Padang Besar. Resort ini menyediakan kemudahan penginapan dan restoran maknan.  Menu yang dihidangkan disini terdiri dari pelbagai jenis makanan misalnya ikan bakar,siakap tiga rasa dan makanan laut yang lain

 

Tasoh Lake Resort and Retreat


Tasoh Lake Resort and Retreat ini berada di KM 17 Jalan Kaki Bukit beralamat di Lot 3082, Kampung Bukit Manik, 02100 Padang Besar, Perlis. Nombor untuk dihubungi 04-938 7186.

 

Terinai Lakeview Resort




Terinai Lakeview Resort ini berkonsep RnR di tepi jalan menghala ke Padang Besar iaitu di KM17, Jalan Kaki Bukit, 02100 Beseri, Perlis. Pemandangan di sini amat menarik untuk beristirehat bersama keluarga. Cafenya juga terkenal di Perlis.

 

Tok Mek Restaurant and Motel



Tok Mek Restaurant and Motel ini berada di hadapan Terinai Lakeview Resort sahaja. Restaurant Tok Mek pernah direview oleh rancangan JJCM semasa Maria Tunku Sabri menjadi hosnya. Nombor untuk dihubungi 019-477 5999.  Selain restoran yang menyajikan pelbagai makanan thailand, restoran Tok Mek juga menyediakan kemudahan motel untuk disewa. 

 


PUSAT MEMBELI BELAH


Padang Besar Malaysia (Arked Niaga)




Padang Besar merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Perlis.  Ia terkenal sebagai tempat membeli-belah berbagai jenis barangan dengan harga yang murah.  Lokasinya ialah di utara negeri Perlis dan bersempadan dengan negara Thailand.




Barangan - Terdapat pelbagai barangan yang dijual di Padang Besar. Antara ialah:

Pakaian - Kebanyakan pakaian yang dijual diimport dari Thailand.  Harga yang ditawarkan adalah murah dan berpatutan.  Antara pakaian yang digemari oleh pengunjung apabila bertandang ke Padang Besar ialaj jersey kelab pemain bola sepak yang digemari.

Makanan - Terdapat pelbagai jenis makanan dijual disini.  Antaranta ialah kerepek, asam manis, beras siam, buah-buahan dan beraneka jenis snek yang dihasilkan di Thailand.  Namun keistimewaan arked niaga ialan pengunjung berpeluang merasa makanan dari Thailand seperti pulut mempelam, pulut durian, tomyam, somtam dan pelbagai masakan istimewa dari negara jiran tersebut.

Peralatan Lain – Selain itu pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai jenis barangan dapur, barangan bilik tidur, beg dan persiapan perkhawinan di sini.

 

TEMPAT REAKREASI


Gua Kelam




Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua (“cave walk”)




Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.