Pendidikan




PENDIDIKAN AWAL

 

Tabika Kemas Felda Rimba Mas






Pusat pendidikan awal ataupun tabika yang paling dekat dengan pusat internet 1Malaysia Felda Rimba Mas ialah

Tabika Kemas Felda Rimba Mas. Tabika kemas ini terletak kira-kira 1 kilometer dari pusat internet.  Program

 pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak 

(Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. 

Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu

bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M

(Membaca, Menulis,Mengira dan Menaakul).  Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada 

kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan

 formal di sekolah rendah kelak.


Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh,

seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan 

pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur.

Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran

 yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa. 



SEKOLAH RENDAH

 

Sekolah Kebangsaan (Felda) Rimba Mas








 

Jln Padang Besar (U)

02100, Padang Besar

Perlis, Malaysia

Telefon = 6049491730

Fax = 6049491730

Guru Besar Kini :  En Nordin Bin Abdullah

 

Sekolah Kebangsaan Felda Rimba Mas, Padang Besar, Perlis berstatus sekolah kerajaan yang ditubuhkan

 pada 1 Disember 1989 dengan menggunakan bangunan dari pihak FELDA.  Guru besar yang pertama ialah

 Encik Ghazali bin Shafie. Bilangan guru pada awal pertubuhan sekolah ini ialah seramai 12 orang dan bilangan 

murid seramai 196 orang.

 

Pada 1 Disember 1990 sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang terdiri daripada 4 blok bangunan,

3 blok bangunan bilik darjah, pejabat, kantin dan 1 blok pusat sumber. Sekolah ini juga disediakan dengan

 kemudahan dewan terbuka yang mula didirikan pada tahun 1993. Pada tahun yang sama juga 2 unit rumah

 guru telah didirikan dan tahun pada tahun 1994 2 unit rumah guru lagi dibina.


 Dengan pertambahan murid dan menyebabkan bilangan kelas yang sedia ada tidak mencukupi maka pada

 tahun 1997 sebuah bangunan telah didirikan untuk dijadikan sebagai bilik kemahiran hidup.  Pada tahun 

2002, sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi 2 bilik darjah telah didirikan untuk menampung 

jumlah murid yang semakin bertambah. Pada 6 Januari 2003 kedua-dua bilik darjah ini telah digunakan untuk

 kelas PRA-Sekolah dan kelas pemulihan.

 

Murid-murid sekolah ini sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Rimba Mas, 

dan selebihnya dari Kampung Kok Mak, Titi Tinggi, Polis dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

 

SEKOLAH MENENGAH



Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar (U)













Address: Padang Besar, Malaysia

Phone: +60 4-949 2959



Sekolah menengah yang paling dekat dengan Pusat Internet 1Malaysia Felda Rimba Mas ialah 

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara (SMKPBU).



SMK Padang Besar terletak paling utara di Semenanjung Malaysia iaitu di pinggir bandar Padang Besar 

terkenal daripada dahulu lagi hingga kini kerana dikaitkan dengan syurga membeli belah. Ianya menjadi 

tumpuan terutamanya ketika musim cuti sekolah. Sesuai dengan faktor geografinya yang bersempadan 

dengan negara Thailand maka kepadatan penduduknya agak tinggi jika dibandingkan dengan kawasan atau daerah sekitar.



Sekolah ini memenuhi kemudahan persekolahan anak-anak tempatan dan juga anak pegawai kerajaan seperti 

Jabatan Kastam, Imigresen, Polis dan sebagainya.



VISI, MISI DAN MOTO


MISI SEKOLAH

 Melestarikan Sisitem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 

 VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

MOTO

Cergas Cerdas Cemerlang

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.