Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke Pusat Internet Lain
Mengenai PEDi

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Rimba Mas mula dibuka secara rasmi pada 3 Mei 2010 yang dahulunya dikenali sebagai Pusat JalurLebar Komuniti (PJK). PEDi menyediakan perkhidmatan internet yang berkelajuan tinggi kepada komuniti setempat, selain itu, terdapat 20 buah komputer (PC) yang disediakan untuk memudahkan operasi penggunaan komputer dan internet.  Segala kemudahan ini juga untuk kemudahan pembelajaran ICT kepada komuniti. Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan Wifi Komuniti (WK) yang boleh diakses di sekitar PEDi.

Waktu Operasi :  
Hari     :  Setiap hari kecuali Cuti Umum
Waktu :  9.00 pagi hingga 6.00 petang
Rehat  : 1.00 petang hingga 2.00 petang 


Antara perkhidmatan yang disediakan di PEDi ialah:
1. Kelas Latihan Asas Komputer (diberikan PERCUMA kepada ahli) (Terbuka Untuk Semua Peringkat Usia)
2. Latihan Keusahawanan
3. Latihan advokasi
4. Perkhidmatan penggunaan komputer dan capaian internet
5. Printing, photostat, scanning & laminating
6. Upah menaip
7. Kemudahan Wifi secara Percuma



Objektif PEDi

  • Merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat & komuniti setempat.
  • Membantu, mendidik dan memberi  kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mempelajari teknologi  maklumat  & asas penggunaan komputer dan  aplikasi.

Kemudahan Di PEDi :

1. 20 buah komputer yang berkelajuan tinggi
2.  Ruang Bilik Untuk Kelas dan Latihan.
3. Bilik Penggunaan Internet yang selesa yang dilengkapi Hawa-Dingin (Air-Cond).
4. Ruang rehat yang selesa dan dilengkapi dengan sebuah televisyen.
5. Kemudahan mesin mencetak, mesin laminasi, projektor dan pelbagai servis dokumentasi sampingan disediakan.
Hadapi Masalah? Rujuk Panduan