Berita & Aktiviti Terkini

KEUSAHAWANAN : YAUMEE AIS KRIM

25 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Yaumee Aiskrim ialah jenama premium yang dapat menyediakan sehingga 92 perisa mengikut permintaan pelanggan. Yaumee Aiskrim ini milik Encik Mohd Anuwar, mengeluar, membekal dan mengedar aiskrim kepada hotel, restoran dan agen-agen di sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Pihak Yaumee Aiskrim juga menjual dalam bentuk runcit dan sedia menerima sebarang tempahan untuk sebarang majlis mengikut keperluan pelanggan. Bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat aiskrim juga turut ditawarkan kepada pelanggan. Premis Yaumee Aiskrim beroperasi di Taman Tunku Putra, bersebelahan Ayam Global berhadapan Pasar Kulim.  Orang ramai yang berminat dengan Yaumee Aiskrim boleh menghubungi Encik Mohd Anuwar... read more

PROGRAM MENGHIAS PI1M SEMPENA HARI MALAYSIA

25 September 2017 | Berita Terkini

Program ini melibatkan pelajar sekolah rendah. Mereka diberi tugasan untuk menghias Pi1M dengan mengikut tema Hari Raya. Pelajar akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugas khas untuk menghias. Antara tugasan tersebut ialah membuat pelekat dinding, membersihkan pi1m dan lain-lain lagi.  ... read more

KEUSAHAWANAN : Kak Ani Karipap Frozen

13 August 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Kak ani ataupun nama penuh  Noraini binti Budin adah seorang usahawan kuih sejuk beku (fozen). Selain menjual karipap frozen, Kak Ani juga menjual kuih tradisional frozen yang lain seperti kuih cucur badak, kuih kacang dan karipap samosa. Kak Ani hanya menjual kuih frozen melalui tempahan daripada pelanggan dan pelanggan perlu mengambil sendiri tempahan di rumah beliau. Antara kuih yang paling mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan ialah kuih karipap. Harga yang ditetapkan oleh Kak Ani adalah sangat berpatutan dan berbaloi. Sebungkus karipap frozen mempunyai 10 biji  dan berharga RM5.00 sahaja. Manakala harga untuk... read more

PROGRAM JOM SEBARKAN ILMU 2017

13 August 2017 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kelang Lama  dan agensi kerajaan yang lain telah terlibat dalam program 'Jom Sebarkan Ilmu 2017'. Program ini adalah anjuran Perpustakaan Desa Daerah Kulim. Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah Majlis daerah Kulim, polis, bomba dan jabatan kesihatan. Pi1M Kelang Lama telah membuka satu ruang pameran untuk membuat aktiviti yang disertai oleh pelajar sekolah. Selain itu, Pi1M telah memberi sedikit penerangan mengenai kempen Klik Dengan Bijak kepada hadirin yang hadir.  ... read more

Program Menghias Pi1M Sempena Hari Kebangsaan

13 August 2017 | Berita Terkini

Program ini melibatkan ahli-ahli pi1m yang terdiri daripada pelajar. Mereka diberi tugasan untuk menghias Pi1M dengan mengikut tema Hari Kebangsaan. Pelajar akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugas khas untuk menghias. Antara tugasan tersebut ialah membuat tanglung hari kebangsaan, membersihkan pi1m dan lain-lain lagi. Tema hari Kebangsaan bagi tahun ini ialah Negaraku Sehati Sejiwa.  ... read more

HARI TERBUKA PI1M SEMPENA HARI RAYA

23 July 2017 | Berita Terkini

Pi1M Kelang Lama telah menganjurkan hari terbuka Pi1M sempena bulan hari Raya Aidilfitri. Pelabagai aktivi akan diisi semasa majlis berlangsung seperti pertandingan dan kuiz. Pi1M telah menjemput komuniti setempat untuk memeriahkan majlis. Jamuan makan turut diadakan untuk tetamu yang hadir. Ketika majlis berlangsung juga, sedikit ceramah/penerangankempen  Klik Dengan Bijak diberi  kepada pengunjung yang hadir. Program Hari Terbuka Pi1M ini adalah program yang kali pertama yang dianjurkan oleh Pi1M Kelang Lama dan menda[at sambutan yang sangat positif dari penduduk setempat.  ... read more

Program Menghias Pi1M Sempena Raya

23 July 2017 | Berita Terkini

Program ini melibatkan ahli-ahli pi1m yang terdiri daripada pelajar. Mereka diberi tugasan untuk menghias Pi1M dengan mengikut tema Hari Raya. Pelajar akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugas khas untuk menghias. Antara tugasan tersebut ialah membuat kad hari raya, membersihkan pi1m dan lain-lain lagi.  ... read more

KEUSAHAWANAN : Nor Liza Binti Abdul Rahman

10 July 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Norliza binti Abdul Rahman ialah seorang usahawan yang menjalankan perkhidmatan memperbaharui insuran dan cukai jalan bagi kenderaan seperti kereta dan motorsikal. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri insuran kenderaan lebih daripada 20 tahun.  Puan Norliza atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Liza menyediakan perkhidmatan tersebut di sekitar Daerah Kulim dan Padang Serai. Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan beliau boleh terus menghubungi beliau di nombor dibawah.  Kak Liza. No hp : 017-4121493 ... read more

KEUSAHAWANAN : Tengku Mohd Faidzil

20 June 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Tengku Mohd Faidzil adalah seorang guru tuisyen yang menawarkan perkhidmatan mengajar bahasa asing. Antara bahasa asing yang diajar ialah bahasa mandrin, bahasa arab dan bahasa korea. Beliau berpengalaman lebih enam tahun dalam bidang pengajaran bahasa asing. Selain itu juga, beliau yang juga bekas guru sekolah Maktab Rendah Sain Mara (MRSM) boleh mengajar matapelajaran sains seperti fizik, kimia dan biologi sekiranya mendapat permintaan. Tengku Mohd Faidzil ataupun lebih senang dikenali sebagai encik Faidzil membuat kelas tuisyen bahasa asing di premis beliau di alamat i-Teaching Centre, no.3A, Aked Seri Harmoni, Jalan Tunku Asaad, 09000 Kulim Kedah.... read more

PERTANDINGAN 'SPINER'.

20 June 2017 | Berita Terkini

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang menjadi ahli Pi1M Kelang Lama. Pertandingan ini dibuat untuk mengasah bakat peserta untuk bermain permainan 'spiner' dan dapat mengisi masa lapang. Peserta yang menunjukkan kemahiran yang paling baik akan diberi hadiah. Semasa pertandingan berlangsung, peserta akan diberi sedikit penerangan mengenai kempen Klik Dengan BIjak. ... read more

lagi berita & aktiviti