Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pi1M Kelang Lama

27 October 2016 | Berita Terkini

Mesyuarat pemilihan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) telah berlangsung pada 26/10/2016, di Pi1M Kelang Lama yang dihadiri oleh ahli Pi1M. Antara agenda mesyuarat ialah memberi penerangan mengenai objektif dan matlamat Pi1M, fungsi dan faedah yang boleh diperolehi oleh ahli Pi1M. Selain itu juga, penerangan mengenai perangcangan Pi1M pada masa hadapan turut diberi. Ahli mesyuarat dengan sebulat suara telah memilih Encik Kamaruzaman bin Othaman sebagai Penasihat Pi1M. Jawatan AJK telah diisi oleh Encik Mohd Khairul Amri bin Sazali, Puan Maimun bt Mohd Abu Salleh, Puan Noor Azlin bt Ahmad, Puan Norlisalawati bt Ahmad dan Mior Ahmad Azmeer bin Mior Ahmad Subki.