EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN - MIOR AHMAD AZMEER BIN MIOR AHMAD SUBKI

27 October 2016 | Profil Usahawan Tempatan

 

Mior Ahmad Azmeer bin Mior Ahmad Subki merupakan penduduk di Taman KTC 2A Kulim Kedah. Beliau menawarkan perkhidmatan kelas tuisyen sepenuh masa kepada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 di sekitar daerah Kulim serta Sungai Petani.

Encik Mior mula menawarkan khidmat kelas tuisyen secara sambilan ketika menuntut di Universiti. Kemudian setelah tamat pengajian pada tahun 2015 dan sehingga sekarang beliau telah menumpukan sepenuh masa kepada kelas tuisyen.  Subjek yang diajar ialah sains, matematik, kimia, biologi dan fizik. Kebiasaannya beliau membuat kelas tuisyen di rumah pelajar. Setiap sesi atau subjek mengambil masa selama 2 jam. Selain itu, beliau juga membuat kelas tuisyen di pusat-pusat tuisyen di sekitar bandar Kulim sekiranya mendapat permintaan dari pemilik pusat tuisyen.

Sebarang pertanyaan mengenai harga bayaran kelas tuisyen boleh terus menghubungi Encik Mior. Harga perkhidmatan yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.

Nama Penuh : Mior Ahmad Azmeer bin Mior Ahmad Subki

No H/p : 013-5212319